web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HappyFresh Guna Audio Bantu Pembeli Kenal Pasti Kesegaran Barangan Dapur 

Ia pendekatan baharu untuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 7:00PM

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui (kanan) turut menyertai aktiviti Spin Cycle. - Gambar HappyFresh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam usaha mencari pendekatan baharu untuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar, HappyFresh, platform barangan runcit dalam talian yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara menganjurkan acara spin cycle di Publika baru-baru ini. 

Acara tersebut menyaksikan lebih 50 pemenang kempen Spend Big, Win Big yang berlangsung dari 23 Mei hingga 9 Jun lalu dan pempengaruh mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh oleh HappyFresh, yang menampilkan petikan bunyi barangan segar yang diiringi muzik untuk menghasilkan rentak tersendiri yang bertenaga, sesuai untuk senaman. 

Sepanjang kempen 'Spend Big, Win Big itu', pencarian pemenang dilakukan dengan memilih pembeli yang membuat belian terbanyak untuk memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200. 

Kempen Frequency of Fresh oleh HappyFresh ini menyertakan siri pengaktifan berasaskan audio untuk membantu memilih barangan yang paling segar berdasarkan bunyi dan menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan makanan yang paling segar. Pengaktifan audio ala ASMR ini menampilkan Hullera, Dizkopolis, dan ramai lagi artis lain dari pelbagai genre muzik.

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata, mereka percaya ada cara yang lebih menghiburkan dan melibatkan sensori untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui penggunaan barangan segar.

"Bagi kami, cara yang sesuai adalah dengan memperluaskan rentak Spotify Frequency of Fresh yang diadun semula menerusi acara kayuhan basikal yang imersif.

“Kami ingin memberi panduan kepada pelanggan kami ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan yang paling segar dalam sajian harian mereka – yang dapat dipenuhi oleh HappyFresh apabila pelanggan menyerahkan pilihan barangan runcit mereka kepada pembeli-belah peribadi kami, kerana #WEKNOWFRESH!," katanya.

"Di samping itu, pelanggan kami juga boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan promosi dan diskaun semasa,” tambahnya lagi.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk mengenal pasti sama ada barangan segar anda benar-benar segar? Dapatkan maklumat di Spotify dan gunakan tip tersebut semasa membeli-belah.

Atau, buat pesanan melalui HappyFresh hari ini dan anda tidak perlu risau tentang kesegaran bahan-bahan makanan anda! - Getaran, 29 Jun 2022

Gambar: HappyFresh Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cukai Jualan Ke Atas Barang Dijual Dalam Talian Mulai 1 Januari - Kastam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan