web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Berpeluang Nikmati Makanan Tradisional Di Makkah

Jualan nasi kerabu, nasi lemak, cekodok pisang, kuih kaswi, teh tarik dan kopi panas antara yang menjadi tarikan menu sarapan di kafeteria bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 12:00PM

Situasi di kafeteria bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjengah ke kafeteria di setiap bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah, terasa bagai berada di tanah air pada waktu pagi.

Jualan nasi kerabu, nasi lemak, cekodok pisang, kuih kaswi, teh tarik dan kopi panas antara yang menjadi tarikan menu sarapan, apatah lagi ketika jemaah sedang berkumpul untuk menikmati suasana bersarapan bersama keluarga dan rakan.

Mengambil inisiatif citarasa Malaysia, Lembaga Tabung Haji (TH) memastikan makanan yang dijual dapat memenuhi selera jemaah dan menariknya mereka berpeluang memilih menu berbeza setiap hari bermula 4 pagi hingga 11 malam.

Jemaah haji berpeluang memilih menu berbeza setiap hari bermula 4 pagi hingga 11 malam - Gambar Bernama
Jemaah haji berpeluang memilih menu berbeza setiap hari bermula 4 pagi hingga 11 malam - Gambar Bernama

Penyelia Kafeteria Mohd Haruji Mohd Yahya berkata kesemua makanan habis dijual menjelang pukul 10 pagi sebelum diganti dengan menu lain dan rata-rata jemaah akan membeli selepas solat subuh dan kembali semula pada sebelah petang dan malam, terutama bagi yang mengerjakan umrah.

Tambahnya, bagi menjamin kualiti makanan dan kebersihan, kesemua hidangan disediakan oleh tukang masak khas dengan mengekalkan resipi yang sama terutama kuih tradisional.

Nasi kerabu antara yang menjadi tarikan menu sarapan di kafeteria bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah - Gambar Bernama
Nasi kerabu antara yang menjadi tarikan menu sarapan di kafeteria bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah - Gambar Bernama

“Kafeteria ini untuk memudahkan jemaah mendapatkan makanan dan setiap pagi kita akan jual hingga 10 jenis juadah. Menu yang sentiasa laris ialah nasi lemak dan burger.

Sambutan memang sangat menggalakkan dan kita juga jual makanan yang sedia untuk dimakan dengan hanya meletakkannya di dalam air panas sahaja,” katanya yang turut merancang memperbanyakkan produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada masa akan datang.

Sementara itu, jemaah yang ditemui Zaimah  Sulong, 56, berkata kuih-muih yang dijual sentiasa memenuhi selera dan mempunyai rasa sama sepertimana dijual di tempat kelahirannya, Kuala Terengganu.

Tambah beliau, meskipun harga sedikit mahal tetapi ketersediaan makanan tradisional ini sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kerinduan ekoran perlu berada di Tanah Suci melebihi 40 hari.

Shahril Fadzli Hanifa, 40-an, pula berpendapat jualan di dalam bangunan penginapan memberi kemudahan kepada jemaah kerana mereka tidak perlu bergerak jauh terutama apabila cuaca panas.

TH menyediakan kafeteria dengan konsep yang sama di bangunan penginapan jemaah di Abraj Al Janadriah, Qsar Al Janadriyah dan Lane Premium. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 5 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN