Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Seperti ‘Meneguk’ Angkasa, Coca-Cola Starshine Luar Biasa!

Pengeluaran terhad, dapatkan minuman ringan terbaharu Coca-Cola ini sebelum terlambat!

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 10:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Coca-Cola Malaysia melancarkan Coca-Cola Starshine, minuman berkarbonat tanpa gula edisi terhad pertama yang berperisa inspirasi angkasa!

Selain Singapura dan Thailand, Malaysia merupakan salah satu pasaran di Asia Pasifik yang berpeluang mencuba ciptaan terbaharu oleh jenama minuman ringan terkemuka dunia ini.

Selepas lebih 30 tahun Coca-Cola menjelajah ke ruang angkasa, Coca-Cola Starshine membawa kembali inspirasi itu ke bumi menerusi seteguk minuman yang penuh kenikmatan.

Dihasilkan dengan wawasan dunia yang penuh kemungkinan, ia menggabungkan rasa asli Coca-Cola dengan sesuatu yang di luar jangkaan. 

Rona kemerah-merahannya mengingatkan kepada detik indah ketika anda memerhati bintang sambil ditemani unggun api, yang mencetuskan rasa seperti sedang meneroka angkasa raya.

“Coca-Cola Starshine mengimbau kembali kerjasama antara Coca-Cola dengan NASA 35 tahun yang lalu apabila kami menjadi salah satu minuman pertama yang sampai ke angkasa.

“Kami yakin ia sangat penting untuk merenung kembali kepada sejarah kegemilangan kami.

“Salah satunya ialah dengan perasaan kami yang sentiasa berasa ghairah dan kagum terhadap angkasa dan segala kemungkinan yang terkandung di dalamnya.

“Kami berazam untuk membawa keajaiban angkasa raya ke dalam setiap tin minuman Coca-Cola Starshine!” ucap Pengarah Pemasaran Coca-Cola ASEAN dan Asia Pasifik, Teejae Sonza.

Seperti ‘meneguk’ angkasa raya, rasai pengalaman konsert maya bersama Ava Max!

Coca-Cola Starshine didatangkan dengan rekaan unik yang menampilkan sekumpulan bintang yang disinari pelbagai dimensi. 

Menariknya, kempen Coca-Cola Starshine ini menggunakan teknologi augmented reality (AR) yang membolehkan anda merasai pengalaman Konsert Coca-Cola secara maya!

Konsert ini bakal menampilkan bintang pop antarabangsa terkenal, Ava Max. Hanya imbas kod bar di tin atau botol Coca-Coca untuk mendapatkan akses secara percuma.

Anda juga boleh melayari Konsert Coca-Cola untuk menghadiri secara maya. Di sini pengguna boleh menyaksikan persembahan Ava Max sambil dikelilingi sinaran angkasa kemerah-merahan.

Coca-Cola Starshine tanpa gula ini boleh didapati secara eksklusif di 7-Eleven dan secara dalam talian di Shopee, Pandamart dan FairPrice untuk tempoh terhad, sementara stok masih ada.

Turut dikenali sebagai Coca-Cola Starlight di rantau global lain, ia merupakan produk pertama yang dilancarkan di bawah Coca-Cola Creations. - Getaran, 6 Jun 2022

Gambar: Instagram Ava Max & Coca-Cola Malaysia

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

2

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Malaysia Semak Semula Beberapa Perjanjian Antarabangsa Untuk Lonjakkan Industri Angkasa

4

TARA 1 tahun yang lalu

Coca-Cola Menjemput Rakyat Malaysia Raikan Keajaiban Tahun Baru Cina Bersama Keluarga

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Jelajah 4 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY