web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Coca-Cola Menjemput Rakyat Malaysia Raikan Keajaiban Tahun Baru Cina Bersama Keluarga

Coca-Cola bawakan video pendek dan skrin 3D terhebat di Pavilion Bukit Bintang bagi menyemarakkan suasana Tahun Baru Cina kali ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 7:04PM

Coca-Cola Malaysia mengajak rakyat Malaysia menghayati semangat kekeluargaan yang sebenar melalui pengalaman yang dikongsi - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun Baru Cina merupakan masa terbaik untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan tradisi, dan pada masa yang sama, mencipta memori indah yang tidak dapat dilupakan. 

Bagi menyemarakkan suasana musim perayaan yang dinanti-nanti ini, Coca-Cola Malaysia mengajak rakyat Malaysia menghayati semangat kekeluargaan yang sebenar melalui pengalaman yang dikongsi.

“Di Coca-Cola, kami percaya keajaiban yang sebenar berada di mana-mana. Keajaiban tersebut boleh menjadi satu kenyataan apabila kita menerima perbezaan di antara kita dan meraikan persamaan yang boleh menyatukan kita semua.”

“Kami ingin membawa mesej ini kepada semua melalui kempen Tahun Baru Cina kami serta menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama meraikan keajaiban tersebut, sambil menikmati minuman Coke yang menyegarkan,” ujar Pengarah Pemasaran (Frontline Marketing Director), Rina Surya, Coca-Cola Malaysia.

Sentimen kekeluargaan serta penerimaan perbezaan ini terserlah melalui video pendek daripada Coca-Cola yang boleh ditonton di YouTube.

Video berdurasi seminit ini menceritakan tentang seekor arnab tua yang ingin melawat anak dan cucunya yang tinggal di bandar, namun bimbang dengan perbezaan gaya hidup keluarga besar dan adat Tahun Baru Cina. 

Walaupun demikian, sebaik sahaja tiba dan berasa kurang pasti untuk berkongsi hidangan yang disediakannya, ahli keluarganya yang lain dengan segera memeluknya dan mengingatkan arnab tua tersebut bahawa meraikan perbezaan adalah keajaiban sebenar untuk menyatukan keluarga. 

Akhirnya, mereka sama-sama meraikan perayaan tersebut dengan hidangan enak yang dinikmati bersama minuman Coca-Cola.

Gambar ihsan CocaCola
Gambar ihsan CocaCola

Selain mempersembahkan video istimewa ini, Coca-Cola Malaysia turut mengeluarkan enam rekaan tin edisi terhad baharu bagi kedua-dua rangkaian Coke Rasa Asli dan Zero Sugar sempena Tahun Arnab ini.

Coca-Cola Malaysia juga menonjolkan keajaiban Tahun Baru Cina di seluruh negara melalui beberapa acara melibatkan pengalaman individu termasuklah pelbagai aktiviti menarik, jangkauan media sosial melalui pempengaruh (KOL), iklan TV dan papan iklan. 

Lebih 60 papan iklan akan membawa mesej Coca-Cola tentang keajaiban meraikan perayaan ini bersama-sama. Paparan paling ikonik yang terbesar adalah di skrin 3D di Pavilion Bukit Bintang.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Bagi yang menggemari minuman ikonik ini, bolehlah jadikannya sebagai ole-ole ke rumah keluarga dan teman-teman. Untuk pengumpul barangan Cola-Cola, jangan ketinggalan untuk menambah koleksi anda dengan edisi istimewa Tahun Baru Cina tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi dengan Coca-Cola melalui media sosial Facebook, Instagram, dan laman web. - Getaran, 22 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kenali Feng Shui Dalam Menggunakan Aplikasi WhatsApp Berdasarkan Beberapa Zodiak

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Pesta Tanglung, Bunga-Bungaan Di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen Lambang Kemakmuran Tahun Arnab

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Selepas ‘Terkurung’ Akibat PKP, Penduduk Kampung Nelayan Gembira Sambut Tahun Arnab

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara