Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenali Feng Shui Dalam Menggunakan Aplikasi WhatsApp Berdasarkan Beberapa Zodiak

Sempena Tahun Baharu Cina ini, mari baca panduan Feng Shui dalam menggunakan aplikasi WhatsApp menerusi Caca Yau, pakar Feng Shui dan TV digital di Hong Kong.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 8:00PM

Tahun Arnab yang jatuh pada Tahun Baharu Cina 2023 membawa maksud kemakmuran. - Gambar Bleachedpixel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Feng Shui dikenali sebagai satu seni kuno yang menempatkan sesuatu barang di rumah, pejabat atau taman. Ia dipercayai memberi kesan terhadap tenaga atau tuah yang akan mengharmonikan persekitaran serta individu.

Menerusi perkongsian Caca Yau, pakar Feng Shui dan TV digital di Hong Kong, mari baca panduan Feng Shui ketika menggunakan aplikasi WhatsApp dengan lebih baik berdasarkan beberapa zodiak bagi Tahun Baharu Cina 2023.

Lembu

Zodiak lembu merupakan tempoh ketenangan untuk tahun ini walaupun terdapat kegagalan kecil yang berlaku. Ia adalah masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu yang baharu dan mengambil tindakan terhadap idea yang anda ada di belakang kepala anda. 

Anda boleh cuba menghantar whatsapp kepada diri sendiri sebagai peringatan atau menulis nota dan idea yang hendak ditulis. Sematkan perkara ini di bahagian atas senarai perbualan whatsapp supaya anda boleh mengaksesnya sekerap mungkin

Harimau

Harimau pula akan mendapati dirinya akan bebas daripada semua halangan. Tingkatkan produktiviti melalui panggilan suara atau video yang mudah diaktifkan kepada 32 rakan anda.

Selain itu, kehidupan cinta anda juga seharusnya berkembang maju untuk tahun ini. Sediakan nada dering sesuai untuk seseorang istimewa anda di WhatsApp supaya anda tahu bila mereka membuat panggilan.

Arnab

Bagi zodiak arnab pula, anda bakal menghadapi beberapa cabaran dan halangan tahun ini. Anda mungkin tidak membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri tetapi rakan dan keluarga sama-sama akan membantu anda mengharungi situasi tersebut.

Walaupun terdapat beberapa cabaran, terdapat juga peluang untuk anda memanfaatkan diri dalam bidang keusahawanan untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Gunakan mod Aplikasi Perniagaan WhatsApp yang memiliki ciri perniagaan kecil seperti katalog dan sistem balasan automatik.

Naga

Keadaan boleh menjadi sukar bagi zodiak naga di mana anda perlu bersedia untuk menguruskan beberapa musibah tahun ini yang mungkin berlaku. Pertimbangkan untuk mengaktifkan ciri privasi dan keselamatan tambahan pada WhatsApp seperti pengesahan dua langkah dan jangan teragak-agak untuk melaporkan mesej yang mencurigakan jika anda menerima apa-apa. 

Sebelum menghantar sebarang nota suara, hantarkan ke draf dan semak dahulu rakaman tersebut. Jika perlu dikumpulkan terlebih dahulu apa yang ada di fikiran sebelum penghantar maklumat dibuat. Sebarang mesej yang tidak diingini juga boleh dipadamkan untuk semua orang jika perlu.

Ular

Selepas pergolakan yang berlaku pada tahun lalu, nasib akan memihak kepada zodiak ular tahun ini dan membawa anda ke sebuah perjalanan serta pengembaraan yang menarik. Kongsi pengalaman anda dengan kenalan melalui kemaskini status Whatsapp dan ping ke lokasi tersebut jika mereka berminat untuk melihat lokasi anda berada.

Berhubung melalui panggilan suara dan video supaya tidak terlepas detik-detik penting dan boleh kekal dekat bersama kenalan Whatsapp walaupun anda jauh.

Kuda

Tahun yang baik untuk zodiak kuda membina hubungan tahun ini terutamanya bersama orang yang pertama kali ditemuinya. Namun, bagi hubungan sedia ada, mereka harus mencuba dan mengelakkan salah faham dengan pasangan anda.

Anda mungkin mahu menyekat kenalan Whatsapp yang tidak diingini jika mereka mencuba terlalu keras untuk mendapatkan perhatian anda.

Kambing

Kambing dikurniakan nasib yang baik pada tahun ini dan peluang untuk mengembangkan kekayaan melalui sokongan para dermawan termasuklah mencari cinta sejati. Bagaimanapun, kepada si Dia elakkan situasi janggal apabila meluahkan perasaan.

Ini kerana masih terdapat risiko perhubungan tersebut mengalami konflik dengan pasangan tahun ini. Jadi cuba gunakan pelbagai format dalam whatsapp untuk membantu memperkenalkan diri dengan lebih tepat.

Monyet

Tahniah, Monyet! Tahun ini anda akan dikurniakan kemakmuran melalui sokongan daripada keluarga dan rakan sekerja. Kekalkan hubungan baik bersama saudara-mara, rakan dan ibu bapa dengan mengambil bahagian secara aktif ketika berbicara di dalam kumpulan whatsapp anda.

Utamakan masa anda dengan bijak dan ingat, sentiasa mempunyai pilihan untuk berehat sebentar dengan kumpulan whatsapp yang lain untuk berehat. 

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, tidak menjadi kesalahan untuk tidak mempercayai elemen Fengshui ini namun kita seharusnya menghormati perayaan ini dan pengikut yang menyambut Tahun Baharu Cina agar memupuk semangat perpaduan. - Getaran, 21 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Coca-Cola Menjemput Rakyat Malaysia Raikan Keajaiban Tahun Baru Cina Bersama Keluarga

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Pesta Tanglung, Bunga-Bungaan Di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen Lambang Kemakmuran Tahun Arnab

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Selepas ‘Terkurung’ Akibat PKP, Penduduk Kampung Nelayan Gembira Sambut Tahun Arnab

4

TARA 1 tahun yang lalu

Ribuan Tanglung Merah Tarik Orang Ramai Ke Jalan Raja Uda

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA