web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ribuan Tanglung Merah Tarik Orang Ramai Ke Jalan Raja Uda

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 12:50PM

10,000 tanglung sutera merah yang digantung di Jalan Raja Uda di sini bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - 10,000 tanglung sutera merah yang digantung di Jalan Raja Uda di sini bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina, Tahun Arnab, serta memeriahkan lagi perayaan itu pada 22 Jan ini, kata Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Datuk Seri Hong Yeam Wah.

Beliau berkata tanglung dari China bernilai keseluruhan kira-kira RM350,000 itu, dinyalakan mulai 8 Jan lepas hingga hari ke-15 Tahun Baharu Cina.

Menurut Hong, kos untuk memasang lentera kertas itu adalah sumbangan kerajaan negeri, ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri serta Kumpulan Tan Wah.

“Tanglung dipasang sepanjang lebih kurang 4 kilometer (km), bermula dari simpang selatan Jalan Telaga Air ke seluruh Jalan Raja Uda, yang merupakan lokasi terdapatnya banyak kedai makan.

Tujuan utama menggantung tanglung ini ialah untuk menyemarakkan semangat Tahun Baharu Cina dalam kalangan penduduk di sini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Peniaga pasar malam di Kuil Tow Boo Keong menerima kedatangan lebih ramai pengunjung dengan 10,000 lentera berkenaan menerangi Jalan Raja Uda. - Gambar Bernama
Peniaga pasar malam di Kuil Tow Boo Keong menerima kedatangan lebih ramai pengunjung dengan 10,000 lentera berkenaan menerangi Jalan Raja Uda. - Gambar Bernama

Pengarah Urusan Kumpulan Tah Wah itu berkata pemasangan tanglung itu merupakan tradisi komuniti Butterworth sejak 2009 bermula dengan hanya 5,000 tanglung.

Katanya pada 2015, Jalan Raja Uda telah dimasukkan dalam Malaysian Book of Records kerana menggantung 10,000 tanglung sepanjang 3.5 km jalannya.

“Kami telah melakukan tradisi ini secara tahunan hingga dua tahun lepas. Kami terpaksa berhenti dua tahun lepas ekoran tercetusnya wabak virus COVID-19. Tahun ini semua telah kembali normal dan kami gembira dapat menghidupkan kembali tempat ini pada musim perayaan ini,” katanya.

Selain itu, Hong berkata para peniaga pasar malam di Kuil Tow Boo Keong menerima kedatangan lebih ramai pengunjung dengan 10,000 lentera berkenaan menerangi Jalan Raja Uda.

“Terdapat lebih 200 gerai menjual barangan seperti pencuci mulut, biskut tradisional, pakaian dan perhiasan, mengambil bahagian dalam pasar malam itu tahun ini. Pasar malam tersebut dijadualkan beroperasi setiap hari dari 7 hingga 10 malam,” katanya.

Sementara itu, peniaga pasar malam Lim Chin Tat, 23, berkata pemasangan 10,000 tanglung itu menarik orang ramai ke gerainya.

“Pada hujung minggu, ramai orang datang melihat tanglung-tanglung yang cantik ini dan akan singgah di gerai saya untuk membeli perhiasan untuk rumah mereka. Saya bersyukur atas usaha dilaksanakan pihak berkuasa dalam meningkatkan perniagaan kami,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh