web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pantai Dalam Syurga Makanan Orang Kelantan

Sebut apa sahaja makanan Kelantan yang anda teringin, pasti boleh didapati di Pasar Pagi Kelantan yang terletak berhampiran stesen komuter Pantai Dalam.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 12:54PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berkunjung ke Pantai Dalam di Kuala Lumpur pada setiap pagi Ahad suasananya tidak ubah seolah-olah berada di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan riuh-rendah kedengaran dialek orang Melayu Kelantan berniaga, walaupun jarak ke negeri itu kira-kira lebih 400 kilometer.

Sebut apa sahaja makanan Kelantan yang anda teringin, pasti boleh didapati di Pasar Pagi Kelantan yang terletak berhampiran stesen komuter Pantai Dalam sama ada ia dibawa terus dari negeri itu atau dibuat di sini. 

Daripada aneka kuih-muih seperti peria, tapai, ketupat, lompat tikam, nasi impit kuah kacang hinggalah sayur-sayuran segar seperti ulam-ulaman, solok lada dan timun selain pelbagai jenis masakan pagi seperti nasi berlauk dan nasi dagang ada dijual.

Tidak terkecuali kudapan istimewa seperti etak salai dan sate ikan atau lebih popular dipanggil ‘lokcing’ juga dapat diperoleh selain barangan bukan makanan seperti pakaian terpakai turut dijual di pasar tersebut yang bermula 7 pagi.

Peniaga etak salai, Hazren Hazim, 27, berkata makanan ringan yang dijualnya itu diperoleh daripada pembekal di Kelantan dibawa menaiki bas ekspres sehari awal untuk diproses oleh seorang kawannya yang mahir di Shah Alam.

Penyelia tapak itu yang sudah setahun menjualnya sebagai kerja sampingan berkata permintaan etak amat tinggi sehingga dia mampu menjual kira-kira 30 kilogram dengan harga bermula RM5 sebungkus.

“Majoriti pembelinya orang Kelantan, dalam tempoh tidak kurang tiga jam etak yang dijual dalam pelbagai perisa seperti tomyam, manis lemak dan biasa habis dijual...mungkin di tempat lain di sini tiada yang menjualnya, sebab itu ia laku,” katanya.

Peniaga kuih-muih, Latipah Jaafar, 53, antara peniaga terawal di situ berkata Pasar Pagi Kelantan di Pantai Dalam telah wujud sekitar awal 1990-an dengan orang Kelantan antara yang terawal berhijrah dan tinggal beramai-ramai di sini.

“Ketika itu untuk mendapatkan barangan dari Kelantan agak susah di ibu kota, jadi ada sebahagian orang kita (Kelantan) mengambil inisiatif menjual di kaki lima sahaja dengan membentangkan tikar sama seperti peniaga pasar pagi di Kelantan.

“Lama-kelamaan ia menjadi popular dan jumlah peniaga semakin bertambah sehinggakan jolokan Pasar Pagi Kelantan melekat walaupun kami terpaksa beralih tapak berniaga beberapa kali disebabkan desakan pembangunan di sekeliling,” katanya yang tinggal berhampiran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria.

Seorang lagi peniaga, Yusri Yahya, 42 berkata terdapat kira-kira 20 hingga 30 rakyat Kelantan berniaga di pasar pagi itu dan kebanyakannya mencari rezeki sampingan walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap.

“Kami berharap tempat ini terus kekal sebagai lokasi rakyat dari Pantai Timur mencari sumber rezeki kerana ia sudah pun sinonim sejak dari dahulu lagi dan telah menjadi pusat tumpuan masyarakat sekitarnya,” katanya dan menambah pembersihan di kawasan tapak pasar itu dilakukan secara gotong-royong melalui kutipan bayaran RM2 daripada setiap peniaga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan