web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amalkan Snek Bijak Untuk Tubuh Badan Sihat Bertenaga

Tidak kira apa jua juadah yang anda nikmati, adalah sangat penting untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun Ramadan telah berlalu, namun ramai juga di antara kita yang masih berpuasa di bulan Syawal ini. Selain melakukan ibadah puasa sunat enam hari, ada juga yang terus menggantikan puasa yang tertinggal kerana keuzuran.

Sepanjang menjalani ibadah puasa sedarkah anda ada di kalangan kita gemar menikmati snek sehingga lewat malam? Setelah sehari berpuasa, ramai yang cenderung untuk makan besar ketika berbuka puasa mahupun ketika bersahur.

Sebahagian pula memilih untuk menikmati juadah berbuka secara sederhana. Tidak kira apa jua juadah yang anda nikmati, adalah sangat penting untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Menurut Lim Chain Yin, Ketua Pemakanan dan Nutrisi, Mondelēz International Asia Tenggara, amalan berpuasa dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, membuang toksin, serta memulihkan tubuh badan secara semulajadi. 

“Bagi mendapat manfaat kesihatan yang sepenuhnya, kita perlu mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan daripada makan berlebihan. Berbuka dengan sederhana dan pengambilan snek yang bersesuaian dapat membantu tubuh badan menggantikan nutrisi yang diperlukan setelah hampir seharian menjalani ibadah puasa,” ujar Chain Yin.

Snek yang sesuai untuk menggantikan air dan nutrisi selepas berbuka puasa

Kebanyakan orang makan berlebihan sewaktu berbuka terutamanya apabila dihidang juadah kegemaran mereka. Namun, harus diingatkan berbuka dengan sederhana dan seimbang sangat penting untuk mengelakkan paras gula naik mendadak dan masalah penghadaman. 

“Berbukalah dengan sebiji kurma dan air, diikuti dengan juadah yang lengkap dan seimbang. Kemudian, rehat buat seketika, untuk membolehkan tubuh badan menghadam makanan dengan sempurna sebelum menikmati pencuci mulut atau snek pilihan,” saran Chain Yin.

Antara makanan yang digalakkan untuk dinikmati selepas berbuka puasa ialah pencuci mulut yang rendah gula seperti sup atau bubur untuk menghidratkan tubuh badan. Selain itu, buah-buahan dan sayur campuran seperti salad juga berkhasiat bagi menggantikan kandungan air dalam tubuh, serta kekacang dan pelbagai jenis buah beri yang kaya dengan lemak, vitamin dan mineral untuk membantu memulihkan tenaga.

Selain itu, anda juga perlu minum air secukupnya dan ambil makanan yang rendah gula, garam dan kurang minyak dalam saiz yang sederhana bagi memulihkan tenaga. Elakkan mengambil makanan berat seperti mi goreng, teh yang terlalu manis atau pencuci mulut yang tinggi kandungan gula ketika lewat malam.

Sebaliknya, pilihlah snek seperti pisang, badam dan minuman seperti susu atau teh kosong yang mampu membantu anda tidur dengan lena. Pastikan anda tidak mengambil sebarang makanan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum tidur untuk mengelakkan masalah penghadaman.

Sahur yang ringkas lagi bertenaga membawa perubahan yang besar

Anda digalakkan untuk bersahur selewat yang mungkin dengan juadah yang berkhasiat supaya dapat mengekalkan tubuh badan yang bertenaga dan mengurangkan rasa lapar dan dahaga di siang hari untuk lebih lama.

Makanan yang kaya dengan protein dan serat misalnya ayam, telur, bijirin penuh seperti oat atau barli serta kekacang amat disarankan untuk menu sahur kerana memerlukan lebih masa untuk dihadam. Secara tidak langsung ianya dapat membantu mengawal rasa lapar anda sepanjang hari. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt, keju atau sayur-sayuran amat bersesuaian untuk kekal kenyang dan terhidrat.

Bagi mereka yang susah bangun pagi atau kurang selera makan di waktu awal pagi, Chain Yin turut menyarankan penyediaan makanan yang mudah dimakan pada bila-bila masa.

“Makanan lengkap seperti telur rebus, biskut gandum, bijirin dan keju adalah mudah untuk disediakan. Lengkapkan sahur dengan makanan tinggi khasiat seperti kurma atau pisang dan segelas susu yang dapat membantu anda berasa kenyang dan bertenaga lebih lama sepanjang hari,” ujar beliau. 

Amalan snek bijak pada hari-hari biasa

Ibadah puasa membolehkan anda mempertimbangkan semula tabiat pemakanan yang boleh diamalkan walaupun pada hari-hari biasa. Dalam pada itu, amalan snek bijak adalah salah satu pendekatan mudah untuk membina tabiat pemakanan yang lebih baik. Konsep ‘snek bijak’ diilhamkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya pemakanan, sebab kita makan, serta bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan anda. 

Peka kepada bau, rasa, tekstur, bentuk serta warna dalam makanan anda untuk menikmati pengalaman snek yang sangat menakjubkan. Tabiat ini bukan saja membolehkan anda menikmati makanan anda malah membantu kita untuk mencegah pengambilan makanan secara berlebihan. 

Malah, menurut kajian 'State of Snacking Report' yang dikendalikan oleh Mondelēz International, trend terkini menunjukkan kebanyakan pengguna kerap menggantikan hidangan utama dengan snek yang bertenaga tinggi dan berkhasiat, bagi membantu meningkatkan kestabilan dan keseimbangan emosi seseorang. 

Tabiat pemakanan yang betul memberi manfaat dan kebaikan untuk kesihatan kita. Ambillah makanan secara berpada-pada dan amalkan snek bijak seperti mana yang kami kongsikan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga tubuh badan.

Gambar: Unsplash


 

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN