web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Locong : Cendol Warna-Warni Kegemaran Masyarakat Kelantan

Apabila tibanya bulan Ramadan, rata-rata umat Islam pasti akan mencari pemanis mulut sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa dan di Kelantan antara yang menjadi kegemaran ialah 'locong'.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 8:36AM

Pengusaha locong, Mariani Ismail, 48, atau lebih dikenali 'Mariani Locong' menunjukkan sebahagian locong yang sudah siap dimasak dan diwarna. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila tibanya bulan Ramadan, rata-rata umat Islam pasti akan mencari pemanis mulut sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa dan di Kelantan antara yang menjadi kegemaran ialah 'locong'.

Pengusaha locong, Mariani Ismail, 48, atau lebih dikenali 'Mariani Locong' berkata juadah seakan-akan cendol itu, namun lebih berwarna-warni dengan warna seperti merah, merah jambu, hijau dan kuning, mempunyai rasa yang kenyal serta lembut. 

"Sebenarnya locong ini berasal dari Thailand dan jarang rakyat tempatan yang membuatnya. Oleh sebab itu, kerana permintaannya juga terlalu tinggi, saya mengusahakannya sendiri di rumah sejak 10 tahun yang lalu.

"Kalau dilihat secara kasar locong ini senang dimasak, tetapi memerlukan kesabaran dan penelitian yang tinggi kerana kemahiran untuk mengadun, memotong, merebus dan menggaul pewarna, serta dibentuk supaya ia kelihatan menarik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat.

Mariani berkata pada bulan Ramadan ini, beliau akan mula membuat locong pada pukul 11 pagi hingga 4 petang untuk menghasilkan kira-kira 350 bungkus locong sehari, yang dijual secara borong pada harga RM1.50 sebungkus.

"Antara bahan yang diperlukan untuk membuat locong ialah tepung kanji, air dan pewarna.

"Cara-cara untuk membuatnya pula adalah dengan memasukkan sedikit air ke dalam tepung kanji untuk disebatikan, manakala kanji kering dan kanji basah dicampurkan hingga menjadi sedikit keras bagi memudahkan proses membentuknya," katanya yang turut dibantu suami, Zaki Ali, 49.

Katanya, doh yang siap dipotong, kemudiannya direbus di dalam air yang menggelegak selama lebih kurang seminit sehingga terapung dan ditoskan bagi mengelakkan ia mudah melekat.

"Selain dibentuk memanjang dan halus, terdapat juga locong yang dibentuk seperti biji delima kerana locong ini enak dinikmati bersama air bandung, ais batu campur (ABC) atau dihidang bersama susu cair untuk diminum," katanya.

Mariani menambah perniagaannya itu turut mendapat permintaan daripada pelanggan sekitar Lembah Klang dan Perak dengan keuntungan mencecah RM450 sehari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden