web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dodol Daun Palas Masih Menjadi Pilihan

Dodol yang dimasak secara tradisional menggunakan kayu arang dikatakan lebih sedap berbanding menggunakan mesin kerana ia membuatkan dodol mudah hangus.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 6:29PM

Pembuat dodol daun palas Rojini Razak, 46, menunjukkan dodol warisan keluarganya semasa ditemui di Kampung Batangan, Marang. Gambar: Mohd Khairul Fikiri Osman, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dodol yang dibungkus secara tradisional menggunakan daun palas masih mendapat tempat di hati peminat juadah istimewa hari raya itu.

Kampung Batangan yang terletak di Marang, kira-kira 25 kilometer dari Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan penghasilan dodol daun palas dan penduduk di situ menjadikan ia sebagai perusahaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi.

Seorang daripada pembuat dodol daun palas di Kampung Batangan, Rojini Razak, 46, berkata rasa lemak manis dodol yang dicampur dengan aroma daun palas yang telah disalai atau dilayur menjadikan makanan tersebut sering dicari terutama pada Ramadan dan Aidilfitri.

“Dahulu ada lebih kurang 15 orang yang buat dodol daun palas di kampung ini. Namun sekarang hanya tinggal dalam enam orang sahaja. Antara puncanya adalah kemahiran membuat dodol tersebut yang tidak diwarisi kepada generasi seterusnya. Jadi apabila pembuat dodol meninggal, anak-anak mereka tidak dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Batangan, Marang.

Rojini yang mewarisi perusahaan dodol daun palas daripada arwah ibunya, Esah Mamat sejak 2014 berkata bagi menjaga kualiti dan rasa dodol, proses memasak dan mengacau makanan itu kebiasaannya memakan masa hingga lapan jam.

Malah katanya, dodol yang dimasak secara tradisional menggunakan kayu arang juga lebih sedap berbanding menggunakan mesin kerana ia membuatkan dodol mudah hangus.

“Ada juga beberapa penduduk yang beli mesin membuat dodol tetapi tidak berapa lama kemudian terpaksa menjual mesin itu semula kerana pelanggan enggan memakan dodol yang dihasilkan daripada mesin,” katanya sambil memberitahu beliau adalah generasi keempat yang mewarisi perusahaan keluarga itu. 

Selain itu katanya, daun palas yang digunakan untuk membungkus dodol juga perlu dilap sehingga betul-betul bersih dan kering bagi mengelakkan dodol cepat berkulat.

Rojini yang menjalankan perusahaan tersebut bersama suami, Mazlan Abdullah, 52, hanya memasak satu kawah dodol sebanyak dua kali seminggu memandangkan perlu juga mengambil masa untuk mencari dan menyalai daun palas serta membungkus dodol.

Katanya, setiap kawah boleh menghasilkan sebanyak 4,000 unit bungkusan dodol daun palas yang kebanyakannya akan dibeli oleh peniaga, bukan sahaja untuk pasaran di sekitar Terengganu malah di negeri luar seperti Pahang dan Kedah.

Ibu kepada enam anak itu berkata setiap unit bungkusan dodol dijual pada harga 18 sen seunit dan beliau meraih pendapatan kira-kira RM2,400 sebulan.

Beliau juga setakat ini telah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit dodol daun palas sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Dodol ini kita memang buat sepanjang tahun walaupun bukan pada musim perayaan. Bila raya mungkin perlu buat banyak lagi kerana permintaan meningkat. Kalau hari biasa kita akan masak lapan kawah dodol sebulan tetapi untuk hari raya perlu tambah satu atau dua kawah lagi,” katanya.

Rojini berkata beliau kini sedang melatih kemahiran membuat dodol daun palas kepada anak sulungnya Nurul Fazlin Syahira, 26, supaya makanan tradisi tersebut tidak pupus ditelan arus kemodenan sekali gus terus diwarisi ahli keluarganya. - Bernama

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN