web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mi Siput : Makanan Ringan Kegemaran Rakyat Johor

Berbentuk seperti muruku, ia disajikan dengan sambal sebagai pencicah, malah ada yang memanggilnya sebagai mi keras.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 9:07AM

Proses membentuk mee siput yang telah dimasak sebelum dikeringkan ketika tinjauan pembuatan makanan tradisional berjenama Mee Siput Kak Chik. Gambar: Izzuddin Abd Radzak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mi siput atau mi sanggul adalah makanan ringan yang popular dalam kalangan penduduk Johor terutama di daerah-daerah utara negeri ini.

Berbentuk seperti muruku, ia disajikan dengan sambal sebagai pencicah, malah ada yang memanggilnya sebagai mi keras.

Walaupun mi siput adalah makanan ringan, pembuatannya bukanlah mudah.

Menurut pengusaha ‘Mee Siput Kak Chik’ Md Shahir Meskom, 51, bahan-bahan membuat mi siput hanyalah tepung gandum, tepung sagu, air dan sodium, namun proses pembuatannya agak rumit iaitu melibatkan menguli adunan menjadi doh, kepada meleperkan doh dan dipotong menjadi bentuk mi.

“Mi perlu direbus, diikuti dengan ‘dicetak’ atau meletakkan mi yang direbus ke dalam acuan serta dikeringkan di bawah matahari, sebelum diletakkan ke dalam ketuhar yang dibuat sendiri,” katanya kepada Bernama di kilang kecil miliknya di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Johor.

Pesara tentera itu berkata cuaca memainkan peranan penting dalam proses pengeringan kerana sekiranya hujan, mereka perlu meletakkan mi siput yang dicetak terus ke dalam ketuhar selama sekurang-kurangnya 15 hingga 16 jam, berbanding jika cuaca panas yang hanya mengambil masa empat ke lima jam.

Beliau yang mengusahakan perniagaan itu sejak 2012 bersama isterinya Azizah Ahmad, 50, berkata mereka bermula di dapur rumah sehinggalah mempunyai kilang kecil sendiri.

Bernama melihat sendiri proses pembuatan mi siput dari awal hingga ke akhir dan apa yang lebih menarik adalah ketuhar bersaiz bilik sederhana itu dibuat sendiri oleh Md Shahir menggunakan peralatan seperti gas, arang dan kipas.

Md Shahir berkata anggaran purata pengeluaran harian ketika ini adalah kira-kira 1,500 keping mi siput dengan keuntungan sekitar RM6,000 hingga ke RM7,000 sebulan, berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu antara RM12,000 hingga RM13,000 sebulan.

Mee Siput Kak Chik dikeluarkan dalam bentuk kering mentah atau siap digoreng, selain turut dijual sambal pencicah.

Menurut Md Shahir, produk yang boleh didapati di kedai-kedai di kawasan Bukit Gambir itu, juga dipasarkan ke selatan Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

“Semoga wabak COVID-19 ini cepat berakhir, sasaran kami selepas ini adalah untuk hantar produk kami ke seluruh negara. Insya-Allah anak-anak akan teruskan,” katanya. - Bernama

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Kolum 5 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN