web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengorbanan Ayah Beri Inspirasi Buka Warung Che Mat Fu

Terletak di Cyber 10, Cyberjaya, Warung Che Mat Fu menyajikan menu terkenal seperti hainanese chicken chop, mee hailam dan air lada (sos).

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 8:58AM

Gambar: Harry Salzman, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengimbau kegigihan ayahnya yang mengharungi kesukaran hidup dahulu bekerja sebagai tukang masak hingga membuka kedai makan untuk memberi kesenangan kepada keluarga, memberi inspirasi kepada Roshamimi Mohammad untuk membuka Warung Che Mat Fu.

Terletak di Cyber 10, Cyberjaya, kedai makan itu menyajikan menu terkenal di kedai ayahnya yang diusahakan di Jalan Gajah Mati, Kelantan sejak 1985,  antaranya hainanese chicken chop, mee hailam dan air lada (sos).

Roshamimi, 48, berkata ibunya sering menceritakan kisah kesukaran hidup mereka dahulu hingga tidak mampu membeli susu tepung tetapi diberikan teh dalam botol susu, namun kerja keras ayahnya Mohammad@Fu Say Bok kemudiannya membawa kesenangan kepada lima anaknya.

"Usaha ayah yang mulanya bekerja sebagai tukang masak hingga berjaya membuka kedai makan sendiri itu membawa kesenangan kepada keluarga. Semangat itu amat kami kagumi,” katanya yang merupakan anak ketiga kepada Bernama baru-baru ini.

Roshamimi yang lebih mesra dengan panggilan Mimie berkata Warung Che Mat Fu yang dibuka pada awal Februari lepas adalah bagi memperingati pengorbanan ayahnya yang merupakan seorang mualaf Cina serta memberi semangat kepada generasi muda bahawa kegigihan boleh membawa kejayaan.

Beliau yang juga seorang guru berkata adik-beradiknya berhasrat untuk membuka Warung Che Mat Fu sejak lapan tahun lepas setelah kedai ayahnya di Kelantan terpaksa ditutup kerana musnah dalam banjir buruk pada 2014, namun niat itu tidak kesampaian kerana kekurangan modal serta terikat dengan komitmen dan kerjaya masing-masing.

“Selepas kedai ayah ditutup pada 2014, hasrat anak-anak tidak terkubur di situ sahaja. Atas semangat ayah, kami akhirnya berjaya mencapai hasrat untuk membuka kedai makan sendiri selepas lapan tahun," katanya dan apa yang menggembirakan mereka, ayahnya turut memberi sokongan dengan menurunkan resepi.

“Selain menghargai pengorbanan ayah, Warung Che Mat Fu juga untuk memelihara masakan tradisional yang diusahakan keluarga di bawah satu bumbung,” katanya sambil menambah, kedai itu turut menyajikan masakan pantai timur seperti nasi dagang dan nasi kerabu.

Roshamimi berkata Warung Che Mat Fu juga menarik perhatian 'kenalan' ayahnya yang pernah menjadi pelanggan setia ketika di Kelantan tetapi telah berhijrah ke Lembah Klang dan negeri lain bersama anak-anak mereka.

"Bila mereka tahu kedai ini diusahakan anak 'Che Mat' melalui media sosial dan menyajikan masakan resipi ayah seperti hainanese chicken chop, ramai yang sanggup turun untuk menikmati makanan itu walaupun jauh.

"Ayah selalu nasihat supaya berniaga jangan kedekut, jaga kualiti makanan dan apa yang kita masak di rumah itulah kita bagi makan orang di kedai,” katanya mengakhiri perbualan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden