web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pisau Palet Kaedah Baharu Seni Hiasan Kek

Sama seperti teknik beg plastik yang digunting, atau dikenali sebagai 'x-nozzle', lorekan daripada pisau palet juga mampu menghasilkan pelbagai hiasan seperti kelopak bunga, daun, pokok dan hati.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 9:10AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dilihat dari jauh, gaya Siti Noor Zihan Sheikh Abdullah menghias kek seolah-olah seperti sedang menyapu mentega di atas sekeping roti.

Hakikatnya, wanita berusia 46 tahun itu sedang menghasilkan seni hiasan kreatif yang memerlukan ketelitian tinggi menggunakan pisau palet bagi mencipta kelainan dalam seni hias kek.

Sama seperti teknik beg plastik yang digunting, atau dikenali sebagai x-nozzle, lorekan daripada pisau palet juga mampu menghasilkan pelbagai hiasan seperti kelopak bunga, daun, pokok, hati dan bintang dengan hasil dekorasi lebih kemas.

Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pembuatan kek mengakui kerjaya sebagai penghias kek menyebabkannya perlu menjadi lebih kreatif dalam berkarya.

“Sebagai pembuat kek dan tenaga pengajar, saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan mencari kelainan, maka saya perbagaikan teknik hiasan kek kepada teknik pisau palet pada 2016 sebagai modul baharu dalam kursus yang saya tawarkan,” katanya kepada Bernama.

Gambar: Facebook Siti Nzihan Sheikh Abdullah
Gambar: Facebook Siti Nzihan Sheikh Abdullah

Siti Noor Zihan yang turut berminat dalam bidang lukisan sejak kecil berkata penggunaan pisau palet untuk melukis sudah lama popular di luar negara seperti Itali, namun masih baru di Malaysia.

“Saya sangat minat melukis dan menghasilkan pelbagai lukisan di atas kanvas atau board. Saya lihat seni (pisau palet) satu seni yang menarik dan unik.

“Tetapi, oleh sebab saya selalu ‘bermain’ dengan kek, jadi saya adaptasikan penggunaannya untuk menghias kek,” katanya yang pernah menerbitkan buku ‘Seni Hiasan Kek Perkahwinan Buttercream Cake’ pada 2014.

Gambar: Facebook Siti Nzihan Sheikh Abdullah
Gambar: Facebook Siti Nzihan Sheikh Abdullah

Menggunakan aising daripada krim mentega dan coklat masakan sebagai bahan utama, Siti Noor Zihan berkata seseorang itu perlu menguasai beberapa teknik pergerakan pisau palet bagi membuat sesuatu hiasan kek seperti pemandangan atau bunga.

“Ada beberapa teknik yang digunakan bagi melorek dan membentuk kelopak bunga dan daun antaranya seni hiasan impasto dan sculpture painting melalui penggabungan ton warna agar ia kelihatan lebih asli dan ‘hidup’,” katanya yang mengambil masa sekitar 30 minit untuk menyiapkan hiasan bergantung kepada corak dan saiz.

Pun begitu, wanita kelahiran Batu Uban, Pulau Pinang itu mengakui penggunaan pisau palet bagi menghias kek lebih renyah dan rumit berbanding melukis di atas kanvas atau board yang lebih menyeronokkan.

“Berkarya di atas kek lebih mencabar kerana saya perlu lebih berhati-hati, jika tersentuh sedikit hiasannya akan comot selain perlu ada minat untuk melakukannya,” katanya sambil menambah kek dihasilkannya itu dijual dengan harga bermula dari RM250 mengikut saiz, corak dan bahan yang digunakan. - Bernama

Gambar: Facebook Siti Nzihan Sheikh Abdullah
Gambar: Facebook Siti Nzihan Sheikh Abdullah

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 tahun yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

2

Selera 3 tahun yang lalu

Baulu Gulung Dan Tart Keju Farah Zulaika 'Wowkan' Pelanggan Dengan Warna, Lakaran

3

TARA 3 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

4

Sukan 3 tahun yang lalu

TMJ Berkenan Pinjamkan Kanvas, Padang Stadium Nasional Dijaga

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden