web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Resipi Biskut Emping Jagung Kelapa Untuk 'Snacking'

Pengambilan snek penting bagi mereka yang mengamalkan diet dan kerana itu kami berkongsi resipi sihat daripada Ayam Brand untuk anda cuba.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 3:04PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang amalkan snacking (makan snek) sebelum waktu makan, anda sebenarnya mengambil langkah bijak. Anda memastikan perut tidak terlalu lapar bagi mengelakkan nafsu makan berlebihan. 

Pengambilan snek sebenarnya penting untuk stabilkan gula dalam darah, membantu meningkatkan metabolisma badan bagi membolehkan pembakaran lemak lebih pantas dan yang paling penting mereka yang mengamalkan snacking boleh menurunkan berat badan lebih cepat.

Bagaimanapun, janganlah ambil makanan yang tinggi dengan gula, garam dan kolesterol untuk kudapan. Pasti lain jadinya. Adalah lebih baik anda mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, kekacang atau makanan rendah indeks glisemik untuk tujuan ini.

Selain itu, boleh juga buat sendiri snek di rumah. Jadi anda boleh mengawal atau memilih bahan-bahan yang digunakan. Salah satu resipi sihat yang boleh anda cuba ialah resipi biskut emping jagung (cornflakes) daripada Ayam Brand ini. 

Resipi ini cukup mudah dan anda boleh sediakan pada hujung minggu agar boleh dibawa ke tempat kerja untuk waktu snek. 

Bahan-bahan 

6 sudu besar Santan Ayam Brand

1 cawan mentega

1 cawan gula

2 ½ cawan tepung

1 ½ sudu teh serbuk penaik

½ sudu teh garam

2 sudu teh perasa vanilla

2 biji telur, dikacau

3 cawan emping jagung yang dihancurkan 

Cara penyediaan

Panaskan ketuhar sehingga suhu 180 ◦C.

Masukkan mentega, gula dan santan dalam mangkuk. Campurkan dan kacau selama satu minit sehingga campuran sebati

Dalam mangkuk yang lain, pukul telur. Masukkan telur dalam campuran tadi.

Tambahkan perasa vanilla dan kacau sebati.

Dalam mangkuk berasingan, campurkan garam, tepung dan serbuk penaik. Pukul sebati. 

Perlahan-lahan kacau ke dalam campuran santan. Gunakan spatula untuk membentuk doh dan letakkan dalam peti sejuk selama setengah jam.

Letakkan emping jagung yang hancur di dalam loyang atau mangkuk besar. Dengan menggunakan sudu, cedok doh bersaiz kecil dan gaulkan dengan emping jagung. Letakkan doh yang telah siap dalam kertas baking. Ulang langkah ini sehingga doh habis.

Bakar sehingga keemasan dan keluarkan. Biarkan sejuk.

Gambar: Ayam Brand & Unsplash 

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Nikmati Snek IRVINS Pada Musim Perayaan Ini

2

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

3

TARA 2 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Amal Snek Bijak, Tapi Tak Peka Dengan Alam Sekitar

4

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN