web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Snek IRVINS Pada Musim Perayaan Ini

Pelbagai snek jenama IRVINS kini boleh diperoleh menerusi dalam talian dan kedai terpilih di negara ini

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 5:43PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IRVINS sering menjadi salah satu cenderahati pilihan pengunjung setiap kali ke Singapura, kerana ia menawarkan snek sesuai dan memenuhi citarasa pelbagai peringkat masyarakat.

Antaranya kerepek ubi kentang, kerepek ubi kayu dan kerepek kulit salmon. Bagaimanapun, kesemua snek itu tidak boleh didapati di pasaran Malaysia.

Kini tidak lagi, kerana snek jenama berkenaan sudah memasuki pasaran Malaysia dan boleh dibeli dengan mudah menerusi beberapa platform jualan dalam talian.

Justeru, sempena musim perayaan tahun ini, IRVINS ingin membantu anda memilih hadiah untuk orang tersayang. Malah, anda boleh lupakan biskut gingerbread’, tart nanas dan kuih kapit yang sering menjadi pilihan pada sambutan Hari Natal dan Tahun Baru Cina.

Jadi, apakata, pada tahun ini, anda mencuba sesuatu yang berbeza dengan IRVINS kerana jenama ini sedang mencipta semula keunikan kudap-kudapan perayaan. Oleh itu, sebarkan keseronokan dengan menikmati seleksi snek IRVINS bersama teman rapat dan keluarga tersayang.

Selain itu, jenama ini juga boleh dimakan tanpa was-was kerana ia memiliki sijil halal, selain mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana ia tersedia dalam bungkusan 80 gram (g) serta 210g.

Snek IRVINS yang ditawarkan adalah kulit ikan telur masin, kerepek kentang dan kulit salmon. Setiap satunya diperkaya dengan kuning telur itik sebenar dan bahan-bahan yang berkualiti lantas menawarkan kerangupan yang diidamkan oleh rakyat Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat berada di pasaran e-dagang dan kedai runcit di Malaysia. Kami sering menerima ramai peminat tegar IRVINS dan telur masin dari Malaysia di

kedai-kedai kami di Singapura.

“Oleh itu, peluang ini sudah lama kami nanti-nantikan. IRVINS juga tiba pada masa yang paling sesuai iaitu ketika kita sedang menghampiri musim memberi dan berkongsi pada musim perayaan ini,” ujar pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IRVINS, Irvin Gunawan.

Bermula dari sebuah gerai kecil di Singapura, IRVINS kini berkembang pesat menjadi jenama global yang boleh didapati di lebih 10 negara dan Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Ramai menyukai IRVINS kerana rasanya yang asli. Selain disediakan dengan teliti melalui proses memasak dengan nisbah yang sempurna, ia juga menggunakan bahan-bahan

premium.

Kini anda boleh membeli bungkusan 80g snek kulit ikan telur masin, kerepek kentang dan kulit salmon IRVINS bermula dari RM23.50 di beberapa kedai serbaneka terpilih seperti MiX, C U Mart, manakala bungkusan 210g bermula dari RM56.00 di pasaran dalam talian Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, ikuti IRVINS di Instagram (@irvins.malaysia) dan Facebook (@Irvins - Malaysia). - Getaran, 16 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh