Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Makanan ‘Super’ Untuk Diet Harian

Makanan ‘super’ tak semestinya berharga mahal atau susah didapati. Ini lima makanan super yang bukan sahaja mudah didapati dan murah dibeli, tetapi juga mudah disediakan. 

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 8:44AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makanan ‘super’ (superfoods) mungkin terlalu digembar-gemburkan, tetapi memang ada beberapa makanan paling sihat yang perlu anda makan setiap hari. 

Walaupun tiada definisi sebenar tentang makanan super ini, tetapi majoriti pakar nutrisi menganggapnya sebagai makanan yang penuh dengan khasiat yang mampu menghalang atau mengurangkan risiko pelbagai jenis masalah kesihatan jika diamalkan secara rutin.

Makanan dan diet paling sihat memberi tumpuan kepada makanan yang sebenar secara keseluruhannya. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan, bijirin penuh, protein dan lemak yang sihat dalam diet harian anda.

Terhadkan pengambilan garam dan gula. 

Berikut adalah senarai lima makanan super harian yang mudah dimakan dan mudah dibeli untuk mengekalkan pemakanan sihat yang ringkas dan lazat.

 

1) Buah-buahan beri

Semua buah beri adalah sumber serat yang hebat. Serat membantu memastikan sistem pencernaan anda sihat dan berfungsi dengan baik. Malah ia juga baik untuk jantung dan pinggang anda kerana sifatnya yang sangat mengenyangkan. 

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, raspberi adalah pilihan terbaik untuk dinikmati ketika bersarapan. Ini kerana ia mempunyai kandungan serat paling tinggi di antara kesemua jenis beri.

Secawan raspberi mengandungi 8 gram serat, manakala beri biru dalam jumlah yang sama hanya mengandungi 4 gram serat.  

Secawan strawberi mengandungi cuma 3 gram serat, tetapi mengandungi vitamin C yang tinggi dan ia baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, kandungan antioksidan dalam setiap buah beri membantu mengekalkan ingatan yang tajam seiring dengan usia anda. 

 

2) Oat

Makan lebih banyak oat merupakan cara mudah untuk meningkatkan pengambilan serat. Serat baik untuk usus dan pinggang serta membantu perut kekal kenyang sehingga tiba waktu makan tengah hari jika ia dimakan pada waktu pagi.

Selain itu, oat adalah bijirin penuh dan biasanya tidak mempunyai sebarang gula tambahan. Menikmati semangkuk oat bersama susu mungkin membuatkan anda mual kerana rasanya yang kurang enak.

Untuk lebih seronok dan nikmat, anda boleh tukarkannya menjadi makanan dan snek yang sihat seperti kek pisang oat, granola, atau oat semalaman yang dicampur dengan pelbagai buahan-buahan enak dan kekacang. 

 

3) Teh

Kajian menunjukkan jika anda minum teh dengan kerap, anda boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, diabetes dan beberapa jenis kanser.

Gigi dan gusi juga boleh menjadi lebih sihat dan tulang menjadi lebih kuat. Malah teh juga boleh membantu penurunan berat badan. 

Bagaimana? Teh kaya dengan kelas antioksidan yang dipanggil flavonoid. Tidak kira jenis teh yang anda pilih, maksimumkan kuasa flavonoidnya dengan minum selepas baru dibancuh.

Jika anda ingin menyimpan teh di dalam peti sejuk, tambahkan sedikit jus lemon, limau atau oren supaya kandungan vitamin C dalam perahan buah-buahan itu membantu mengekalkan flavonoid.

 

4) Brokoli

Brokoli mengandungi vitamin A, C dan K yang membantu memelihara kesihatan tulang.

Satu lagi sebab brokoli sering mendapat tempat teratas dalam senarai makanan ‘super’ adalah ia memberikan dos sulforaphane yang sihat, sejenis isothiocyanate yang dianggap mampu menghalang kanser dengan membantu merangsang enzim penyahtoksik badan.

 

5) Telur

Sebagai sumber protein berkualiti tinggi, telur boleh memberikan anda lebih tenaga juga. Sebiji telur mempunyai kira-kira 70 kalori dan 6 gram protein.

Selain itu, kuning telur mengandungi lutein dan zeaxanthin-two, antioksidan yang membantu menjaga kesihatan mata. 

Malah, terdapat kajian yang mengaitkan lutein dan zeaxanthin dengan pengurangan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, penyebab utama buta pada golongan yang berumur lebih dari 50 tahun. 

Selain itu, lutein juga boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinaran ultraungu. Bagaimanapun, pastikan telur yang anda beli itu bukan telur tiruan! Nanti lain pula jadinya.

Selepas ini pastikan kelima-lima makanan ini dimasukkan ke dalam senarai barangan dapur yang ingin dibeli. Mulakan diet sihat untuk tubuh badan sejahtera.

Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan untuk lebih pemahaman atau jika anda mempunyai masalah kesihatan. - Getaran, 7 Februari 2022

Gambar : Unsplash



 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 5 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN