web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Cara Kurangkan Gula Dalam Diet 

Terlalu banyak gula dalam darah akan melemahkan sistem kekebalan dan tubuh mudah berasa letih. Malah anda juga berisiko diserang penyakit diabetes.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 7:12PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu selalunya ramai yang luangkan masa dengan acara makan-makan. Pantang terdengar lokasi selera sohor kini di media sosial, pasti berburu ke sana bersama teman-teman. Dengan lambakan kafe yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, bukan susah pun membuat pilihan.

Selalunya kalau sudah sampai di kafe, apa menu yang sering jadi pilihan? Mana mungkin hidangan pemanis mulut dipandang sepi. Hidangan inilah yang menjadi tarikan atau pelaris kebanyakan kafe popular masa ini. 

Burnt cheesecake, kek pandan gula melaka, kek Lotus Biscoff, kek Victoria Sandwich, donut, cronut dan pelbagai jenis tart yang tinggi kandungan gula memang menggoda selera sesiapa sahaja. Itu belum lagi sentuh jenis minuman yang dipesan.

Tahukah anda latte bersaiz sederhana kandungan kalorinya adalah kira-kira 170kcal? Itu latte biasa, tidak ditambah dengan sebarang perisa. Jadi, apabila jumlah kalori minuman dan pemanis mulut digabungkan, pasti pengambilan kalori anda bukan sedikit.

Mereka yang sering menikmati makanan yang tinggi gula akan mula ‘ketagih’ dengan makanan-makanan ini. Mengapa? Ini kerana setelah mengambil makanan bergula kegemaran, seseorang akan mengalami pertambahan tenaga.

Namun setelah beberapa ketika, tahap gula di dalam darah mula menurun sehingga membuat tubuh semakin ketagihan gula. Ini berlaku kerana tubuh telah terbiasa memiliki tahap gula dalam darah yang tinggi. 

Terlalu banyak gula dalam darah akan melemahkan sistem kekebalan dan tubuh mudah berasa letih. Malah anda juga berisiko diserang penyakit diabetes. Terutamanya jika anda kurang bersenam dan lebih berusia. Lupakan juga niat hendak menurunkan berat badan sebab ia tidak mungkin berlaku. 

Jadi, jika anda mahu tampil ramping di Aidilfitri nanti, kurangkanlah pengambilan gula mulai sekarang. Dalam seminggu boleh buat sehari ‘cheat day’ yang membolehkan anda menikmati hidangan yang paling diidamkan. 

Berikut merupakan beberapa cara untuk menghentikan kebiasaan mengambil makanan bergula:

1. Banyakkan minum air kosong. Anda tahukan cara yang betul menghitung keperluan air mengikut berat badan? Kalau masih belum pasti, hafal kiraan ini. 1 liter untuk setiap 25kg berat. Contoh, kalau berat anda 75kg, jadi jumlah air yang perlu diminum ialah (75 kg ÷ 25kg = 3 liter). 

2. Minum teh herba. Teh herba bukan hanya mampu menghilangkan rasa dahaga, malah ia memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Selain boleh mencegah kanser perut, ia juga mampu mencegah masalah gigi berlubang. Untuk mencegah kanser perut, teh yang baik untuk diminum adalah dari jenis teh hijau, yang mengandungi zat antioksidan. 

3. Ambil suplemen. Vitamin C misalnya sangat bermanfaat untuk membantu mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula. Vitamin C semulajadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi. Sementara magnesium membantu mengatur tahap gula dalam darah dan banyak diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin, ikan dan daging.

4. Pilih makanan daripada bahan pemanis semulajadi seperti madu. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirup dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan. Bahkan, ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa. 

5.  Baca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan. Sebaiknya, teliti dahulu dengan membaca label yang tertera di atas pembungkus makanan, terutama kadar gulanya.  Ini kerana sebahagian makanan, kadar gulanya tersembunyi kerana tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai  sukrosa, glukosa, maltosa, fruktosa dan sebagainya. 

6. Diet yang bagus mesti terdiri daripada protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan protein akan menghalang penyerapan karbohidrat di dalam aliran darah dan akan memberikan sumber tenaga yang stabil serta akan menjaga tubuh kekal sihat. - Getaran, 18 Jun 2024

Gambar: pexel

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang