web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dibantu Ramai, Peniaga Nasi Dagang Tular Pindah Lokasi

Hasil bantuan pelbagai pihak, peniaga nasi dagang tular di Shah Alam telah mula berniaga di lokasi baharu.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 2:37PM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bantuan pelbagai pihak termasuk individu dalam mendapatkan tapak menjaja baharu amat dihargai peniaga nasi dagang ikan tongkol di sini yang tular minggu lalu.

Muhammad Khairul Nizam Mamat, 43, berkata beliau mula berniaga di tapak baharu yang terletak lima kilometer (km) dari tapak asal di Persiaran Alam Perdana baru-baru ini.

Beliau turut menafikan perpindahan itu disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak berkuasa, sebaliknya bagi menampung jumlah pembeli yang ramai sehingga mengganggu lalu lintas dan menyukarkan penjarakan fizikal.

"Tempat (baharu) ini adalah antara hasil bantuan orang ramai khususnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Mohd Shaid Rosli yang banyak membantu kami memudahkan urusan," jelas pemilik Nasi Dagang Adik Bradik Rezki Roda itu yang sedang mendapatkan lesen menjaja sementara daripada Majlis Pembandaran Kuala Selangor (MPKS) ketika ditemui Bernama Jumaat lalu.

Katanya, pihaknya kini juga dalam proses mendapatkan sebuah premis untuk dijadikan sebagai tempat memasak secara berpusat atau centralised kitchen bagi menampung jumlah permintaan yang semakin tinggi.

"Kami memang merancang untuk membuka sebuah kedai makan, tapi memandangkan keadaan pandemik yang masih belum reda ini, kami kena tunggu dulu dan tidak mahu ambil risiko yang cepat kerana masih baharu dalam dunia perniagaan," katanya yang baru dua bulan berniaga.

Muhammad Khairul Nizam berkata beliau dan enam lagi adiknya sedang bertungkus lumus menghasilkan 60kg nasi dagang bagi jualan esok dan Ahad, berbanding 50kg untuk jualan sebelum ini.

"Kami akan buka sekitar jam 7.30 pagi dan saya harap kita sama-sama termasuk mereka yang datang membeli menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi keselamatan kita bersama," katanya.

Sebelum ini video dokumentari berdurasi 10 minit memaparkan kisah perniagaan Muhammad Khairul Nizam menjual nasi dagang menggunakan motosikal beroda tiga tular menerusi Facebook sekali gus menjadikan dia tidak ‘menang tangan’ melayan pelanggan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

3 Maut 4 Kilang Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Restoran Makanan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganja Bernilai RM5.9 Juta Dirampas, 7 Individu Ditahan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden