Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Pilihan Makan Tengah Hari Untuk Lebih Nilai

Berikut senarai lokasi selera yang boleh anda pertimbangkan sepanjang minggu ini. Pilihlah yang sesuai dengan poket anda!

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 11:36AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kos sara hidup di bandar besar semakin hari semakin menghimpit kehidupan. Biarpun ada yang bergaji besar, namun komitmen bulanan yang tinggi memaksa lebih ramai individu atau isi rumah untuk lebih berjimat demi kelangsungan hidup.

Dengan harga makanan yang kian meningkat, ramai juga antara kita yang sentiasa mencari tawaran atau promosi hebat untuk menikmati makan tengah hari demi menjimatkan duit poket. Bagi yang bekerja, mencari lokasi untuk menjamu selera boleh jadi mencabar lebih-lebih lagi jika pejabat jauh dari kejiranan mampu milik. 

Ya, memang benar boleh membawa bekal dari rumah, tetapi tidak semua punya masa dan tidak semua pandai memasak. Selalunya ramai yang memilih untuk buat pesanan dalam talian. Itupun perlu juga bayar kos penghantaran. 

Selain itu, perlu diingatkan kebanyakan kafe dan restoran yang menawarkan promosi set makan tengah hari tidak memasukkan menu ini ke aplikasi pesanan makanan. Ia hanya boleh dipesan jika anda berkunjung ke tempat mereka. 

Berikut Getaran senaraikan lokasi selera yang boleh anda pertimbangkan sepanjang minggu ini. Pilihlah yang sesuai dengan poket anda!

Secret Recipe

Gambar: @secretrecipemy
Gambar: @secretrecipemy

Tempat makan yang popular dengan deretan kek membuka selera ini menawarkan set makan tengah hari berharga RM19.50 untuk seorang. Dengan harga ini anda boleh memilih satu hidangan utama bersama segelas minuman. Jika mahu menyudahi hidangan makan tengah hari anda dengan sesuatu yang sesuatu yang manis, boleh tambah RM9.20 untuk sepotong kek lazat.

Boleh dipesan untuk menjamu selera di restoran atau untuk dibawa pulang. Hanya sah dari jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang, Isnin hingga Jumaat.

The Chicken Rice Shop

Gambar: The Chicken Rice Shop
Gambar: The Chicken Rice Shop

Lokasi selera ini antara yang paling lama menyediakan tawaran hebat untuk menikmati makan tengah hari. Bermula pada harga RM10.45 untuk sepinggan nasi ayam dan minuman, Good Lunch daripada The Chicken Rice Shop sukar dilepaskan begitu sahaja. Sama ada anda seorang pemakan (makan banyak) atau tidak, terdapat beberapa pilihan menu yang boleh dijadikan pilihan. 

Selain daripada tawaran ini, pada setiap 18 haribulan setiap bulan, anda juga boleh memesan hidangan setengah ekor ayam hanya pada harga RM1.80. Dengan syarat, anda perlu pesan sekurang-kurangnya satu hidangan utama. Bayangkan penjimatan yang anda nikmati jika datang bersama teman-teman dan keluarga.

Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya

Gambar: The Chicken Rice Shop 
Gambar: The Chicken Rice Shop 

Jangan tak tahu, anda juga boleh menikmati makan tengah hari di hotel lima bintang pada harga yang cukup berbaloi. Dengan harga RM38 bersih seorang, anda boleh membuat pilihan daripada lima menu yang ditawarkan di Cinnamon Coffee House, One World Hotel.

Tidak perlu bersesak di restoran tumpuan ramai, tidak perlu menunggu lama kerana servis di sini cukup pantas.  Boleh juga bawa rakan perniagaan untuk sebarang diskusi. 

Express Lunch Set ini termasuk satu minuman percuma dan sah dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang. Antara menu yang boleh anda cuba ialah sea bass fillet, penne arrabbiata with minced lamb dan Thali Set.  

Set Dulang, Hot Pindang Kitchen Shah Alam

Gambar: @_hotpindangkitchenrestoran
Gambar: @_hotpindangkitchenrestoran

Bagi yang menggemari nasi berlauk, pilihan set dulang yang tersedia di Hot Pindang Kitchen, Shah Alam, Selangor adalah jawapannya. Dengan harga RM35.90 dan RM45.90 anda boleh menjamu selera sepuas-puasnya bersama keluarga mahupun rakan sepejabat. Setiap set dulang cukup untuk empat orang.

Ada Set Dulang Alor Gajah, Set Dulang Kuala Kangsar, Set Dulang Kuala Pilah dan Set Dulang Penyet. Pilihlah yang menepati selera. Tentang rasa, jangan risau.  Asam pedas ikan pari, daging salai dan udang galah lemak cili api memang terangkat! Paling penting, harganya murah dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Peranakan Place

Gambar: @peranakanplace
Gambar: @peranakanplace

Bagi yang sudah biasa berkunjung ke restoran ini, anda pasti bersetuju makanan di sini dijual pada harga yang cukup berbaloi. Boleh pesan lauk-pauk untuk dikongsi beramai-ramai atau ada pilihan ‘platters’ untuk hidangan secara individu. 

Antara yang boleh anda pesan ialah nasi pandan ayam berempah (RM15.90), nyonya laksa (RM12.90), asam laksa (RM12.90) dan Nasi Goreng Nyonya (RM13.90). Pada waktu makan tengah hari dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang anda harga perlu tambah bayaran minimum untuk memesan minuman terpilih. Jika suka makan besar, boleh pesan ‘Every Day Set Meals’ yang berharga dari RM59.90.

Selamat menjamu selera!

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi