web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


V’s Lounge Oleh PETRA Lifestyle, Bintang Baharu Ibu Kota

Unit perniagaan gaya hidup PETRA Group melancarkan sebuah lagi destinasi bersantai dan bersosial di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 8:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETRA Lifestyle, unit penyediaan makanan, hiburan serta hospitaliti milik PETRA Group baru-baru ini telah melancarkan V’s Lounge, sebuah lagi destinasi sosial di pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Terletak di Menara Amplewest Kuala Lumpur, di tingkat atas restoran Zenzero yang juga milik PETRA Lifestyle, lokasi tersebut dikatakan bakal menjadi pusat pertemuan sosial yang terkenal buat mereka yang menggemari suasana ibu kota.

Zenzero
Zenzero

Dengan pemandangan Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah di sebelahnya, V’s Lounge merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk menikmati minuman sambil bersantai dengan rakan-rakan dan keluarga.

Presiden PETRA Lifestyle, Roberto Guiati
Presiden PETRA Lifestyle, Roberto Guiati

“V’s Lounge merupakan idea Datuk (Dr) Vinod Sekhar, Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRA Group. Semua orang yang mengenali beliau pasti tahu bahawa beliau suka meraikan serta menyambut pelbagai acara bersama rakan-rakan serta keluarganya, jadi pembinaan tempat ini memang sesuai untuk tujuan sedemikian,” kata Roberto Guiati, Presiden PETRA Lifestyle.

Selain menyediakan pelbagai seleksi makanan berkualiti tinggi dan premium seperti tiram segar, kaviar dan aneka minuman, terdapat juga ruang makanan peribadi buat yang inginkan privasi.

Makanan khas Itali di bawah menu istimewa bernama ‘LeTradizioni’ dan satu lagi dengan nama ‘The Evolutions’ juga ada disediakan secara eksklusif oleh Cef Eksekutif Zenzero, Paolo Petris di restoran ini.

V’s Lounge juga secara tidak langsung memberikan gambaran lengkap tentang lokasi baru Zenzero yang kini mempunyai sebuah kawasan terbuka yang hijau bagi para tamu menikmati keindahan sekeliling.  

“Selepas menikmati makanan dan minuman di Zenzero di tingkat bawah, tamu kemudian boleh beredar ke atas untuk menghayati hiburan muzik secara langsung dengan pelbagai persembahan menarik,” tambah Guiati lagi.

Selain hiburan dalam bentuk persembahan muzik secara langsung, V’s Lounge juga akan menawarkan persembahan komediri dengan penampilan nama-nama besar dunia komedi Kuala Lumpur.

Acara pelancarannya baru-baru ini telah dihadiri oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, Massimo Rustico sebagai tetamu kehormat dan diserikan dengan hiburan nyanyian oleh Dasha Logan, kumpulan Wan and The Crafters yang diketuai Wan Noorazifee, serta persembahan komediri Mad Sabah yang sangat lucu. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN