Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Tip Nikmati Snek Dengan Lebih Bijak

Bagi ramai rakyat Malaysia, menikmati snek atau kudapan adalah sebahagian daripada gaya hidup. Tapi pernahkah anda mendengar frasa 'mindful snacking' atau 'snek dengan lebih bijak'?

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 8:48AM

Gambar: Snacking and Counsel, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi ramai rakyat Malaysia, menikmati snek atau kudapan adalah sebahagian daripada gaya hidup. 

Lebih-lebih lagi negara tercinta ini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang memikat selera seperti kuih-muih, biskut, coklat, kerepek, keropok, kekacang dan buah-buahan.

Untuk sesetengah orang, pengambilan snek adalah bertujuan untuk mengalas perut sebelum tibanya waktu makan utama, namun ada juga yang memerlukan snek apabila rasa kurang bertenaga.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh syarikat pengeluar snek terkemuka, Mondelez International menerusi kempen #JomSnekBijak mendapati, 74% rakyat Malaysia menikmati snek untuk menggembirakan hati serta memuaskan selera.

‘Snek dengan lebih bijak’ atau ‘mindful snacking’ merupakan satu pendekatan positif yang memfokuskan kepada konsep makan dengan bersebab (niat), makan dengan lebih peka (beri perhatian) dan makan bersederhana. 

Ia menggalakkan kita untuk bertanya kepada diri sendiri – “Apa yang saya teringin makan dan mengapa?”, “Apa rasa atau tekstur makanan yang saya idamkan-- manis, masin, masam atau lain- lain?” dan “Bagaimana perasaan saya selepas menikmati hidangan atau snek tersebut?”

Amalan inilah yang akan membantu anda untuk lebih memahami serta peka dengan makanan dan snek yang dinikmati. Mari ikuti empat petua atau tip yang dapat membantu anda membuat pilihan dengan lebih bijak. 

 

1. Peka dengan isyarat badan anda – lapar, teringin, kenyang dan puas makan

Cuba beri perhatian dan peka dengan isyarat atau pencetus dalaman badan anda, kerana ianya adalah petunjuk sama ada keinginan untuk makan pada masa itu adalah untuk keperluan atau kerana emosi atau nafsu.

Tanya diri, adakah anda mengidamkan sesuatu untuk hilangkan rasa lapar, rasa tertekan, atau rasa kurang bertenaga dan perlukan snek. 

Walau apapun snek yang menjadi pilihan, sekiranya anda lebih peka dengan mengapa dan apa jenis snek yang diidamkan, ianya dapat mendorong ke arah pilihan yang lebih bijak, serta menggalakkan pengambilan nutrisi seimbang.

 

2. Makan dengan perlahan

Jangan gelojoh! Nikmati makanan atau snek anda secara perlahan-lahan. Ini kerana amalan makan secara perlahan dapat menghindari diri menjadi pelahap atau terlebih makan. Kunyah sehingga habis, sebelum suapan yang seterusnya. 

Banyak kajian membuktikan makan dengan perlahan mempunyai banyak kebaikan, termasuklah penghadaman yang lebih baik, mendapat lebih kepuasan, serta membenarkan badan anda untuk menghantar isyarat kepada otak bagi memaklumkan bahawa anda sudah kenyang.

Ini kerana otak memerlukan lebih kurang 20 minit dari mula makan untuk mencetuskan isyarat  ‘saya sudah kenyang’. 

 

3. Rangsangkan semua deria semasa makan

Nikmati snek dengan menumpukan kesemua deria pancaindera anda – bukan hanya deria rasa, malah juga deria hidu, sentuhan, penglihatan, serta nikmati keenakan rasa, aroma, tekstur, bentuk dan warna snek tersebut.

Jika anda melakukan aktiviti lain semasa makan, seperti menggunakan telefon atau menonton TV, ia mungkin akan menyebabkan anda terlebih makan, atau rasa tidak puas makan.

 

 4. Rujuk saiz hidangan yang disarankan di bungkusan produk serta bahan-bahannya

Antara petua mudah untuk mengimbangi snek yang dimakan ialah dengan merujuk kepada saiz hidangan yang disarankan.

Jika memilih snek keluaran Mondelez International seperti Cadbury Dairy Milk, Cadbury Zip, Cadbury 5 Star, Toblerone, biskut OREO dan biskut Chipsmore, lihat ikon ‘Snack Mindfully’ pada bungkusan produk. 

Malah, sebelum mendapatkan snek, jadikannya satu kebiasaan untuk membaca senarai bahan dan fakta nutrisi pada bungkusan.

Gunakan peluang apabila ingin menikmati snek dengan menambah khasiat dalam makanan harian, antaranya dengan memilih snek seperti buah-buahan, kekacang atau kudapan yang lebih sihat dan bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu makan.

Perlahan-lahan biasakan diri untuk lebih peka apabila menikmati snek dan cuba untuk kekal konsisten. Beri galakan dan motivasi kepada diri sendiri dan keluarga anda untuk mencapai keseimbangan dan memupuk hubungan yang lebih positif dengan makanan.            

Kekal sihat untuk kehidupan lebih sejahtera. - Getaran, 13 Disember 2021        

Gambar : Mondelez International / pexel.com / unsplash.com

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

TARA 6 bulan yang lalu

Mengurus Belanja Dapur: 5 Tip Mendapat Lebih Untuk Wang Anda

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki