Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Idea Baharu: Transformasi La Juiceria Kepada 'Superfood' Dipacu Grab

La Juiceria Superfoods adalah kumpulan makanan dan minuman sihat (F&B) terkemuka, yang menyediakan pilihan berkualiti dengan lima jenama yang berbeza.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 8:58AM

Gambar: Instagram @lajuiceria

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila menyebut mengenai pilihan makanan dan jus yang sihat, pengguna hari ini mempunyai terlalu banyak pilihan.

Dari pasar raya hingga ke kiosk, kedai makan dan trak makanan - makanan dan jus yang segar dan berkualiti bukan sahaja menjadi keinginan selera makan seseorang, tetapi juga merupakan keperluan untuk mendapatkan vitamin dan nutrien yang cepat untuk tubuh selain pada masa yang sama dapat meningkatkan imuniti dan mencegah diri daripada penyakit berpotensi.

Bagi Anabelle Co-Martinent, pengasas La Juiceria Superfoods Sdn Bhd, memulakan bar jus dan kafe yang sihat melalui jenama La Juiceria, bar perahan jus sejuk pada tahun 2013 adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui diet yang seimbang.

Beliau kali pertama memulakan perniagaan La Juiceria ialah secara dalam talian, memasarkan produknya melalui media sosial, dan menghantarnya sendiri kepada pelanggan.

Perniagaan berjaya dimulakan dan kemudiannya berkembang dengan sebuah kedai dibuka di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Hari ini, La Juiceria Superfoods adalah kumpulan makanan dan minuman sihat (F&B) terkemuka, yang menyediakan pilihan berkualiti dengan lima jenama yang berbeza.

Mengimbas kembali akan perkembangannya, Annabelle berkata beliau mengambil peluang terhadap platform perkhidmatan penghantaran makanan ketika pertama kali ia diperkenalkan.

"Kami bekerja dengan perkhidmatan lain sebelum GrabFood dan walaupun bermula dengan baik, tidak ada pendorong lain yang boleh menyokong pertumbuhan kami.

"Oleh itu, ketika Grab mendekati saya menampilkan idea dan kempen yang dapat membantu meningkatkan penjualan, saya amat berbesar hati,"’ kata Anabelle kepada Bernama mengapa beliau memilih untuk bekerjasama dengan Grab sebagai salah satu Signature Merchantsnya.

Sebagai sebahagian daripada program Signature Merchants Grab, La Juiceria berjaya meningkatkan pendedahannya kepada kumpulan pengguna yang lebih luas.

Sejak bekerjasama dengan Grab,  Anabelle dan pasukannya juga dapat memanfaatkan wawasan atau pandangan daripada GrabFood untuk lebih memahami trend pengguna dan mengenal pasti peluang pertumbuhan yang berpotensi.

Ini termasuk prestasi jenama yang memberi manfaat kepada mereka dalam mengenal pasti bidang pertumbuhan dan mengembangkan jenama baharu.

"Grab memberikan kami data melangkaui sistem poin penjualan kami selain mengesahkan beberapa andaian yang memberikan kami keyakinan untuk membuat keputusan, termasuk membuka lokasi baharu.

"Hari ini, kami telah berkembang dan berjaya memantapkan diri sebagai jenama makanan sihat dalam kalangan pengguna, seterusnya menyaksikan peningkatan pendapatan," katanya.

Pada masa ini, pesanan GrabFood menyumbang hampir satu pertiga daripada keseluruhan penjualan syarikat.

Sementara itu, Annabelle dan pasukannya juga mengenal pasti peluang perniagaan baharu dan idea pelancaran kreatif seperti konsep Hawker Hall, iaitu pusat penjaja bebas daging khinzir kontemporari, yang menawarkan pelbagai masakan di bawah satu bumbung.

Beliau sentiasa ingin mencipta jenama yang memfokuskan kepada kegemaran Malaysia, tetapi memerlukan pandangan yang lebih jelas mengenai pilihan pasaran semasa.

"Selain daripada penyelidikan kami sendiri, data dari Grab sangat berharga dalam pengembangan kami. Dengan pengetahuan mengenai demografi pengguna, pilihan dan kesediaan untuk berbelanja, kami dapat menyediakan penawaran yang sesuai dengan pasaran," kata Annabelle.

Dengan GrabFood juga, ia membantu La Juiceria bergerak pantas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan inovasi terhadap kegemaran tempatan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesan penurunan pelanggan makan di kedai (dine-in).

"Kami bersyukur kerana kami sudah menggunakan platform GrabFood semasa PKP yang membolehkan kami untuk terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sambil mengurangkan kesan gangguan.

“Dunia kini telah berubah kepada dalam talian, dan mempunyai kedai tanpa sokongan dalam talian tidak lagi mencukupi. Untuk mengembangkan perniagaan, harus ada fokus yang sama antara dalam talian dan luar talian," jelas beliau.

Melalui pengalaman dengan Grab, beliau berkata syarikat telah belajar bahawa perniagaan harus mencari rakan kongsi yang ada untuk mereka bagi jangka masa panjang.

"Dengan membantu anda dalam bidang-bidang yang kurang berpengalaman, anda akan mendapat bimbingan yang sesuai sambil memusatkan perhatian pada kecekapan teras anda," tambah Annabelle. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cukai Jualan Ke Atas Barang Dijual Dalam Talian Mulai 1 Januari - Kastam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kecaman Tak Halang Grab Menyumbang, Beri RM1 Juta Untuk Gaza

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled