Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sihat Dan Semula Jadi, Cubalah Resipi Mufin Ini

Jika anda penggemar makanan berkhasiat dan semula jadi, resipi mufin yang satu ini untuk anda. Gunakan kranberi kering dan kacang campuran organik ya.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda penggemar makanan berkhasiat dan semula jadi, pasti anda kenal jenama kesejahteraan barang pengguna cepat laris (FMCG), Signature Market.

Jenama yang meraikan ulang tahun ke-7 baru-baru ini sentiasa berusaha menghasilkan produk semula jadi terbaik, dengan harga berpatutan, sesuai dengan misi utama mereka bagi menggalakkan pengguna menjalani kehidupan lebih sihat dan gaya hidup seimbang.

Diasaskan pada 2014, Signature Market telah menjadi jenama FMGC yang makin pesat berkembang di Malaysia dalam industri kesihatan dan kesejahteraan.

Bermula dengan memberi tumpuan kepada  produk makanan organik dan makanan ringan semula jadi, kini jenama tempatan ini berkembang maju dengan membekalkan pelbagai rantaian produk semula jadi dan organik. 

“Signature Market bukan hanya sekadar syarikat jenama makanan sihat, ia juga merupakan satu platform bagi pasukan kami mengembangkan kreativiti mereka, di mana setiap buah fikiran mereka diambil kira.

“Ia juga merupakan satu tempat untuk masyarakat mendapatkan pilihan makanan serta gaya hidup lebih sihat pada harga berpatutan.”

“Kejayaan kami hari ini adalah hasil sokongan pengguna yang sentiasa membantu menaikkan jenama kami.

“Minda progresif ketua pasukan kami juga sentiasa memberikan dorongan dan berusaha untuk menjadikan kami lebih kuat,” ujar Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Signature Market, John Cheng dalam satu kenyataan media. 

Menjengah ke platform e-dagang Signature Market, anda boleh mendapatkan pelbagai produk makanan sihat yang membuka selera.

Produk-produk ini ada yang boleh terus dimakan, perlu dimasak, dan dicampur dalam masakan.

Antara produk yang menjadi best-seller ialah Fruit Fiber DX-Plus, Omega-3 Trail Mix, Organic Energy Soy Milk Powder, Classic Nut Mix, Chunky Peanut Butter (Sugar & Salt-Free) dan Premium Caramel Popcorn. 

Jika anda gemar menyediakan hidangan menggunakan buah-buahan kering, anda boleh dapatkan produk ini di Signature Market.

Pelbagai pilihan tersedia seperti strawberi, mangga, kranberi, jambu batu, aprikot dan hirisan lemon. Di sini kami sertakan resipi mufin kranberi bersama kekacang yang disediakan oleh Signature Market untuk dicuba hujung minggu nanti.

 

Mufin Kranberi Dengan Kekacang

Bahan-bahan

140 gram Signature Market’s Dried Cranberries

260 gram tepung gandum

2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu teh serbuk kayu manis

1 sudu teh serbuk halia

2 biji telur sederhana (pada suhu bilik)

220 ml susu separa skim / rendah lemak

80 ml minyak sayuran

80 gram gula

70 gram Signature Market’s Classic Nut Mix yang dicincang kasar

1 biji oren, kulitnya diparut

Untuk aising oren (jika suka)

- 4 sudu besar gula aising / tepung

- 1 sudu besar jus oren dan parutan kulit

Penyediaan

1. Panaskan ketuhar hingga 200 darjah Celsius. Susun 12 sarung kertas mufin di dalam dulang pembakar. 

2. Satukan tepung, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan serbuk halia. Kacau dengan sudip sehingga sebati. Ketepikan.

3. Pukul telur, minyak dan gula bersama. Kemudian masukkan susu dan kulit oren. Setelah itu, campurkan kranberi kering dan kekacang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau hingga sekata. 

4. Satukan campuran kering dan basah dan kacau sehingga adunan sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam sarung kertas mufin dan bakar selama 23 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 10 minit sebelum dialihkan ke rak penyejuk.

6. Untuk membuat aising oren, satukan gula aising dengan jus oren dan kacau hingga sebati. Sapukan di atas mufin dan anda boleh taburkan lebih banyak parutan oren jika anda suka!

Selamat mencuba.

Gambar : Signature Market

Berita Berkaitan

1

Selera 11 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

2

Selera 11 bulan yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Anwar Doa Erdogan Terus Kuat, Keadaan Kesihatan Bertambah Baik

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Mi Segera Tetap Kegemaran Ramai Meski Terdapat Karsinogenik Dalam Produk Tertentu

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki