Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Diet Untuk Kekal Hidrat Ketika Cuaca Panas Terik

Cuaca panas memang boleh buat tubuh badan rasa lemah dan serba tak kena. Ketahui cara-cara untuk kekal hidrat di sini.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 2:25PM

Gambar: Nadine Primeau, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuaca panas yang melanda negara sejak akhir-akhir ini membuatkan ramai yang berasa tidak selesa ketika berada di luar rumah. Tekak terasa perit, badan terasa seperti mahu demam, dan sesekali kepala berdenyut-denyut menahan peritnya mentari. 

Memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas yang dialami ketika ini hanya akan kembali reda bermula pertengahan April, jadi anda seharusnya ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan tubuh badan tidak mengalami masalah dehidrasi.  Perhatikan diet harian supaya anda kekal hidrat. Info berikut boleh membantu:-

1) Minum banyak air kosong

Cara paling mudah untuk kekal hidrat adalah pastikan anda minum air dengan secukupnya. Air kosong adalah pilihan terbaik kerana ia juga baik untuk hati dan buah pinggang. Minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong setiap hari.

2) Minum air kelapa

Jika bosan dengan air kosong, air kelapa boleh menjadi alternatif yang baik. Selain mengandungi 95 peratus cecair, air kelapa juga diperkaya dengan kandungan elektrolit yang boleh membantu menghidrasi tubuh dengan cepat setelah beraktivi di luar rumah. Malah, meminum air kelapa selepas bersenam adalah lebih baik berbanding minuman isotonik kerana ia tanpa gula.

3) Minum susu

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa susu elok diambil ketika cuaca panas kerana susu tinggi antioksidan, vitamin B2 dan B12, serta protein dan kalsium. Oleh itu, susu memberikan anda tenaga pada hari yang panas. Tetapi ianya hanya berkesan untuk susu yang tidak berperisa.

4) Makan buah pic

Buah pic adalah buah yang padat nutrisi dengan kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B, dan potasium. Selain itu, buah ini juga sangat menghidrasi kerana hampir 90 peratus beratnya adalah air. Menurut laman portal www.healthline.com, pengambilan buah ini juga dapat meningkatkan jumlah antioksidan dalam tubuh dan bagus diambil ketika sedang berdiet kerana ianya rendah kalori.

5) Tambah avokado dalam diet harian

Tidak ramai yang suka dengan buah yang satu ini. Selain itu, harganya juga agak mahal berbanding buah-buahan yang lain. Tetapi sesekali apa salahnya memasukkan avokado dalam diet harian kerana mempunyai banyak manfaat kesihatan. Avokado mengandungi banyak lemak sihat yang boleh membantu menghidrat kulit anda. 

6) Yogurt juga bagus

Yogurt tanpa perisa merupakan sumber cecair yang baik untuk menghidrasi tubuh. Ia juga diperkaya dengan vitamin dan mineral, seperti kalsium, kalium, dan fosforus yang diketahui mampu meningkatkan kesihatan tulang. Pengambilan yogurt secara teratur juga mampu menurunkan nafsu makan kerana kandungan cecair dan proteinnya yang tinggi itu. 

7) Bayam tinggi kandungan air

Selain mengandungi magnesium, vitamin, serta mineral penting yang lain, bayam juga memiliki kandungan air yang tinggi iaitu 92 peratus. Sayuran berdaun hijau ini mampu menghidrasi tubuh dan baik untuk memelihara kesihatan kulit, rambut, serta tulang. Mahu turunkan berat badan? Bayam juga bisa sangat membantu turunkan berat badan kerana ia rendah kalori dan kaya dengan serat.

8) Kurangkan makanan pedas

Jika anda penggemar makanan pedas, cuba elakkan atau kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas terik. Ini kerana ia dikatakan boleh meningkatkan suhu badan, selain menghasilkan peluh berlebihan sehingga mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang diperlukan.

9) Makan buah oren

Buah popular ini menjadi kegemaran ramai orang. Jus oren adalah antara minuman sarapan pagi yang menyelerakan. Ia memang sesuai diambil kerana tinggi dengan kandungan air iaitu kira-kira 88 peratus daripada beratnya. Oren juga salah satu sumber vitamin C yang mampu meningkatkan fungsi imun tubuh dan kesihatan jantung. 

10) Kurangkan minuman berkafein

Anda juga dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas. Pengambilan minuman berkenaan boleh menyebabkan anda kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair. - Getaran, 22 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Gaya 23 jam yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

oleh Rahayu MN