web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Salahkan Coklat, Buat Pilihan Tepat

Jika anda menitikberatkan soal khasiat, coklat hitam adalah pilihan terbaik. Coklat susu rasanya lebih memikat, tetapi ia tinggi gula, kalori dan kandungan lemak tepu tidak sihat.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 8:59AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda penggemar coklat, mana mungkin mampu menahan godaannya setiap kali melintasi rak jualan di pasaraya. Ada sahaja coklat yang menambat hati. Variasi coklat yang ada di pasaran pula bukannya sedikit. Selain itu, pilihan makanan berasaskan coklat juga melambak. Ada aiskrim coklat, kek coklat, roti coklat, biskut coklat, minuman coklat dan banyak lagi.

Jika anda sedang mengawal berat badan, janganlah memusuhi coklat kerana bukan salah coklat jika berat badan anda bertambah. Sebaliknya, pengambilan makanan anda yang melebihi daripada keperluan tenaga yang digunakan. Tiada makanan yang tidak baik cuma tabiat pemakanan yang tidak betul.

Bagaimanapun, jika anda seorang yang berhati-hati, coklat hitam mungkin pilihan yang terbaik. Coklat susu rasanya memang lebih memikat, tetapi ia sebenarnya tinggi gula, kalori dan kandungan lemak tepu tidak sihat. Ini kerana pembuatannya menggabungkan pepejal koko dengan pelbagai jenis susu seperti susu tepung, susu cair atau susu pekat.

Malah, kandungan cacoa (biji koko) jauh lebih rendah iaitu di antara 10 peratus ke 28 peratus sahaja (bergantung kepada resipi syarikat pengeluar), dan ini menjadikan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandungi kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan adalah coklat hitam tanpa kandungan susu.

Coklat hitam yang mengandungi cacoa lebih daripada 70 peratus mempunyai manfaat kesihatan kepada tubuh badan. Kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid mampu memerangi radikal bebas dalam tubuh. 

Kandungan antioksidan dalam coklat adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada teh hijau. Dalam erti kata lain, coklat yang tinggi kandungan kokonya juga bermanfaat untuk menjaga kecantikan wajah kerana ia boleh membantu mencegah penuaan semulajadi. 

Bagaimana pula dengan coklat putih? Pada asasnya, ia sebenarnya bukanlah coklat kerana ia tidak mempunyai komponen koko, sebaliknya dihasilkan daripada lemak atau mentega kacang cacoa. Biasanya ia mengandungi lebih banyak susu tepung, susu pekat dan gula berbanding coklat biasa, menjadikannya ia lebih tinggi kalori.

Jadi, jika anda mahu menikmati coklat tanpa bersalah, pilihlah coklat hitam kerana manfaat kesihatannya boleh membuatkan anda tersenyum. Berikut kebaikan coklat hitam yang perlu anda tahu:

1. Meningkatkan fungsi otak

Coklat mampu meningkat peredaran darah di otak dan berpotensi mencegah gangguan pembuluh darah di otak seperti demensia dan strok. Ini bermakna ia membantu meningkatkan fungsi kognitif golongan berusia yang mengalami gangguan kognitif.

2. Meningkatkan kolesterol baik

Tidak semua kolesterol adalah jahat kerana kolesterol HDL berguna bagi tubuh. Manfaat coklat hitam adalah untuk menaikkan kolesterol baik HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL. Komponen polifenol dan theobromine dalam coklat hitam diyakini sebagai penyebab kenaikan HDL dan penurunan LDL.

3. Mengawal gula dalam darah

Kandungan flavonoid dalam coklat hitam membantu mengurangkan rintangan insulin dengan membantu sel-sel untuk berfungsi secara normal dan mendapatkan semula keupayaan untuk menggunakan insulin badan anda dengan berkesan. 

4. Jaga kesihatan jantung

 Mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang boleh menyokong kesihatan anda seperti potasium, magnesium dan zat besi. Zat besi di dalam coklat gelap melindungi daripada kekurangan zat besi anemia dan magnesium dalam coklat membantu mencegah diabetes jenis dua, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

5. Kaya dengan antioksidan

Kandungan antioksidan dalam coklat hitam seperti katekin, polifenol dan flavanol berupaya untuk menangkis radikal bebas serta mengurangkan kerosakan pada jaringan dan sel tubuh. Jangan tak tahu, kandungan antioksidan pada coklat hitam adalah lebih tinggi berbanding buah-buahan, seperti bluberi dan sebagainya. Bahkan, tiga kali ganda lebih banyak daripada teh hijau.

6. Meningkatkan suasana hati

Coklat hitam merangsang produksi endorfin, merupakan zat kimia di otak yang dapat memperbaiki suasana hati. Coklat hitam juga mengandungi serotonin kimia yang bertindak sebagai antidepresi.

7. Mengurangkan nafsu makan

Dalam satu penelitian oleh Department of Internal Medicine, Reinier de Graaf Group of Hospitals, The Netherlands terhadap 12 wanita, mencium dan makan coklat hitam menurunkan nafsu makan dan mengurangi kadar ghrelin, hormon yang merangsang rasa lapar. 

Sementara itu, penelitian The University of Western Australia ke atas 14 wanita pasca menopaus pula  menunjukkan bahawa pengambilan coklat hitam dapat mengurangkan pengambilan makanan  yang lebih besar berbanding jika mengambil coklat putih dan coklat susu. - Getaran, 13 September 2021

Gambar:  Anton, Unsplash dan Amirali Mirhashemian, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Cocoa Straits 1778 Perkenal Coklat Dihiasi Kerajang Emas 24k Pertama Di Malaysia

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN