web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Snek Jepun Mesti Cuba di Tokyo Street

Jom cuba kudapan dan makanan ringan istimewa dari Jepun di Tokyo Street, Pavilion KL!

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 3:06PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama tidak melancong, mereka yang mengidam untuk menikmati makanan dan segalanya tentang budaya Jepun, bolehlah mengunjungi Tokyo Street yang terletak di aras 6, Pavilion KL.

Seperti menjejakkan kaki di Jepun, rasai pengalaman menarik dengan mencuba makanan, budaya, seni dan barangan khusus dari negara Matahari Terbit ini. 

Antara yang menarik perhatian ialah aneka makanan ringan dan kudapan istimewa dari Jepun yang jarang ditemui di lokasi-lokasi lain di negara kita.

Sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya, kami senaraikan 10 snek jepun mesti cuba di Tokyo Street, Pavilion KL:

#1 Meiji Macadamia Nut Chocolate 

Coklat ini sangat terkenal dalam kalangan orang Jepun. Rasai kemanisan kacang makadamia yang dilapisi dengan coklat susu mengasyikkan!

Kedai: Shojikiya

#2 Yukimi Daifuku

Hidangan ini menggabungkan aiskrim dengan mochi. Yukimi Daifuku adalah mochi istimewa yang berintikan ais krim vanila! 

Kedai: Ichi Zen

#3 Nissin Cup Noodle Big

Mi segera mangkuk paling popular di Jepun. Tidak lengkap pengalaman snek Jepun tanpa mencuba Nissin Cup Noodle Big.

Kedai: Shojikiya

#4 Tahato Caramel Corn 

Keropok jagung bersalut karamel ringan. Terdapat juga kekacang di bahagian bawah bungkusan yang boleh dimakan bersama serbuk jagung yang tersisa.

Kedai: Daiso

#5 Yuzu Sorbet

Pencuci mulut berasaskan buah-buahan sitrus. Nikmati masam-manis Yuzu Sorber seakan-akan berada di tepi pantai. Oh damainya!

Kedai: Okonomi by Tokyo Don

#6 Nouku Matcha & Houjicha

Teruskan pula dengan ais krim istimewa. Kemanisan Nouku Matcha bergandingan sempurna dengan aroma Houjicha yang wangi sebagai ais krim berasaskan teh hijau istimewa dari Jepun.

Kedai: Matcha Hero Kyoto

#7 Bourbon Aji Gonomi

Jika kamu mencari sesuatu yang sihat, keropok nasi ini pilihan yang tepat. Terdapat enam perisa yang boleh anda cuba. 

Kedai: Shojikiya

#8 Tarami Jelly

Siapalah yang tidak menyukai agar-agar? Nikmati Tarami Jelly dalam cebisan buah-buahan seperti anggur, kelapa, oren dan pic. 

Kedai: Shojikiya

#9 Snow Cracker

Keropok nasi masin ini bersalut gula manis di atasnya. Ia kombinasi unik antara masin dan manis. Cubalah!

Kedai: Daiso

#10 Peeled Chestnuts

Buah berangan ini memiliki rasa manis semula jadi dan tekstur yang pejal serta rangup. Panaskannya dalam ketuhar mikro untuk rasa yang lebih sedap. 

Kedai: Daiso

Layari Tokyo Street untuk maklumat lanjut. - Getaran, 30 Ogos 2021

Semua gambar: Pavilion KL

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 4 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN