web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seniwati Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati veteran, Mimi Loma telah meninggal dunia awal pagi tadi. Allahyarham merupakan adik kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma dan seniwati Allahyarham Mariani Ismail.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Aug 2021 4:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seniwati veteran, Siti Aminah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mimi Loma meninggal dunia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, di sini pada 2.20 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anak saudaranya Rozita Rohaizad, 64, yang memaklumkan artis yang menempa populariti pada era 1960-an itu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur selepas beberapa hari dalam keadaan lemah dan kurang selera makan akibat mengalami cirit-birit sejak Selasa lepas.

Beliau berkata ibu saudaranya meninggal dunia dalam keadaan tenang di sisi ahli keluarga.

"Keadaannya agak lemah dan diberikan ubat, doktor juga datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan tetapi dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan di rumah sahaja kerana kesihatannya semakin uzur dan tiada kaitan dengan COVID-19.

“Ibu saudara saya turut mengalami masalah penglihatan, darah tinggi, tidak mampu berjalan dan sakit belakang selepas terjatuh di rumahnya pada bulan September tahun lepas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah Allahyarhamah Mimi Loma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves pada 11.30 pagi tadi.

Allahyarham yang pernah membintangi filem Ahmad Albab pada 1968, meninggalkan seorang anak dan tiga cucu.

Allahyarham Mimi Loma merupakan adik kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma dan seniwati Allahyarham Mariani Ismail. - Bernama

Gambar: Ihsan Berita Harian dan YouTube

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN