web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Dibayar Bikin Propaganda Politik? Itu Hak Mereka

Para selebriti juga pengguna media sosial seperti kita, jadi mengapa suara mereka selalu menjadi pertikaian?

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 3:29PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Media sosial hari ini tidak sekadar menjadi ruang bertanya khabar rakan jauh atau berkongsi aktiviti seharian. Ia berubah menjadi medium paling penting melontarkan perasaan, pandangan, memberi provokasi, membina sentimen sehinggalah berlakunya perang persepsi antara penggunanya. 

Mutakhir ini, golongan selebriti menjadi sorotan warganet apabila terdapat beberapa kenyataan yang dikeluarkan mereka menjadi pertikaian pengguna media sosial. Hasilnya, mereka dibantai netizen sehingga menjadi tular berhari-hari. 

Para selebriti juga pengguna media sosial seperti kita, jadi mengapa suara mereka selalu menjadi pertikaian?

Sifirnya mudah. Mereka mempunyai pengikut yang ramai dan buah fikir mereka selalu diperhatikan jika hendak dibandingkan dengan seorang mak cik penjual kismis yang mempunyai 36 pengikut Twitter. 

Timbul pula cakap-cakap mengatakan terdapat segelintir selebriti di Malaysia yang memuat naik hantaran tertentu bagi tujuan melaungkan ideologi atau menyuntik propaganda politik secara halus melalui media sosial mereka.

Ia sudah tentulah mencetuskan diskusi dalam kalangan pengikut. Memandangkan tak semua orang boleh melontarkan perbezaan pendapat dengan tenang, ia kadangkala berubah kepada perang makian.

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki berpendapat sudah ramai selebriti berani buka mulut hari ini memandangkan wujudkan keperluan untuk survival di zaman pandemik yang genting.

Memandangkan artis juga manusia biasa, maka mereka boleh memberikan pendapat untuk bersetuju terhadap sesuatu perkara atau sebaliknya. 

Bercakap tentang anak seni dibayar bagi tujuan politik, pengarah filem Papadom ini merasakan ia hanyalah sekadar transaksi perniagaan antara dua pihak namun terpulanglah kepada pendirian selebriti itu.

“Kenapa artis digunakan? Kerana mereka popular. Mereka pula lakukan kerja itu kerana mereka memerlukannya. Apabila periuk nasi terjejas, seseorang itu perlu lakukan apa yang mereka fikirkan boleh untuk bertahan.

“Tak ada bezanya dengan keadaan wakil rakyat yang ditekan, kemudian berpindah ke kem lain. Ia mungkin dorongan kewangan untuk kelangsungan kehidupan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Afdlin berkata, tidak ada benar atau salahnya keadaan ini. Jika ada pihak yang meminta mana-mana artis untuk memberikan servis buat mereka, maka sudah tanggungjawab artis itu untuk melakukannya. 

“Ia transaksi yang biasa. Ada artis yang mempunyai pegangan yang teguh untuk tidak sokong atau bangkang . Namun, jika artis mahu dibayar, saya tak boleh salahkan mereka kerana itu hak mereka untuk teruskan hidup,” jelasnya. 

Berkongsi pendapat serupa ialah penyanyi Imran Ajmain yang merasakan ia rahsia dan juga privasi seseorang artis itu untuk terbabit dalam propaganda politik.

Ini kerana media sosial adalah ruang terbuka dan tiada sekatan mengenai apa yang boleh dikongsikan oleh seseorang yang berpengaruh atau selebriti.

Namun begitu, pelantun lagu ‘Seribu Tahun’ ini mengingatkan bahawa penting bagi setiap selebriti untuk mempunyai nilai empati terutamanya dalam keadaan pandemik ini.

“Bukan satu masalah jika seseorang itu dibayar untuk buat propaganda. Namun, bila mana keadaan berubah (pihak yang disokong kalah), mereka kena bersedialah menghadapi situasi selepas itu. 

“Selebriti harus mempunyai rasa tanggungjawab dan empati kepada orang lain. Jangan disebabkan kita beruntung gaji tak terusik, makan dan pakai cukup, kita sedap kata PKP ini menyusahkan hanya kerana tak dapat sambut ulang tahun kelahiran anak,” tambahnya.

“Sebagai pengguna, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menentukan bagaimana kita mengawal lambakan persepsi yang ada di platform media sosial. 

“Kita tidak boleh mengawal apa orang lain mahu kongsikan tetapi kita sentiasa mempunyai kesempatan untuk menjadi pengguna yang bijak,” katanya.

Menurutnya lagi, tidak hanya selebriti, malah, setiap pengguna media sosial juga perlu bijak menggunakan media sosial seperti menyelidik dahulu khabar angin dan mempercayai sesuatu hanya bersandarkan kepada fakta. - Getaran, 20 Ogos 2021


Gambar: Imran Ajmain dari Instagram @imranajmain, Afdlin Shauki dari fail Getaran

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN