Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Siti Sarah Pergi Tanpa Sempat Tatap Ayash Affan

Ajal dan maut milik Tuhan. Selepas tiga hari bertarung nyawa, Siti Sarah Raissuddin akhirnya menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 12:50PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuhan sememangnya lebih menyayangi Siti Sarah Raissuddin. Bertarung nyawa akibat COVID-19 kerana kekurangan oksigen dan melahirkan cahaya mata keempat dalam kondisi ditidurkan selepas dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), sejak Jumaat lalu, hanya insan tertentu sahaja yang dipilih Allah SWT untuk melaluinya. 

Sepanjang berada dalam keadaan kritikal, ramai yang mendoakan Siti Sarah kembali pulih. Bacaan Yasin dan doa selamat dilakukan tanpa henti. Bahkan, ramai tidak putus berharap agar isteri pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu ini kembali sihat, dapat melihat, memegang serta memeluk zuriat yang baru dilahirkan, Ayash Affan. 

Namun, ajal dan maut itu milik Allah SWT. Setelah tiga hari bertarung nyawa, penyanyi berusia 36 tahun ini akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Berita menyedihkan itu disahkan Shuib Sepahtu di akaun Instagram rasmi beliau.

“Saya reda dengan pemergian isteri saya, Siti Sarah Raissuddin. Cabaran saya untuk memaklumkan tiga anak kami mengenai ketiadaan ibunya selepas ini," demikian kata Shuib.

Jelas Shuib lagi, dia sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama arwah isterinya yang sedang nazak di hospital.

"Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video untuk anak melihat keadaan ibu mereka. 

“Ketika itu nampak juga air mata berlinangan di pipinya seolah-olah memahami apa yang saya dan anak bersembang mengenainya,” katanya. 

Dalam majlis Bacaan Yasin dan Doa anjuran Indigital Music yang didiadakan hari ketiga malam semalam, Shuib seolah-olah memberi bayangan bahawa harapan untuk Siti Sarah pulih adalah tipis.  

“Maaf… sebelum bacaan Yasin dan doa ini dimulakan, saya telah mendapat panggilan telefon daripada doktor. 

“Doktor telah memaklumkan perkara yang tidak begitu enak yang mana oksigen Siti Sarah mula menurun kepada paras 40. Sebab itu saya agak sedih. 

“Tidak kisahlah apa yang doktor katakan, saya yakin dia akan pulang. Cuma, saya minta halalkanlah segala makan minum dia dan maafkan segala salah silapnya atau apa sahaja, supaya mudah untuknya kembali semula kepada kita semua,” katanya sebak.  

Mewarisi darah seni bapanya, Raissuddin Hamzah yang juga penyanyi era 80-an, Siti Sarah adalah peserta akhir Bintang RTM 2001 dan pernah menyertai program realiti One In A Million. 

Sepanjang bergelar penyanyi, Siti Sarah telah menghasilkan tiga album iaitu Sarah ( (2002), Mimpi Pun Sama (2003) dan Tiada Dikau Tiada Makna (2005). 

Menerusi album pertama, dia dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik Malaysia pada 2003 (AIM2003). Malah, album itu turut diangkat sebagai Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di acara sama.

Pada 2009, Siti Sarah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performing Arts (WCOPA) dan berjaya menyumbang tiga pingat emas buat Malaysia. 

Penyanyi ini kemudian mengejutkan ramai apabila menjalinkan percintaan dengan Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhammad, 37. Shuib menganggotai kumpulan Sepah yang kemudian dinamakan Sepahtu. 

Mereka kemudian mendirikan rumahtangga pada 26 Februari 2011 serta dikurniaka tiga cahayamata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzkira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, serta terbaharu Ayash Affan. 

Siti Sarah kemudian bernaung di bawah Indigital Music dan tampil dengan single solo berjudul Manis diikuti lagu duet bersama Shuib, Semakin Benci Semakin Cinta. 

 

Kronologi Siti Sarah Raisuddin 

  • Pada 27 Julai lalu, Shuib memaklumkan bahawa dia, Siti Sarah dan tiga anak mereka disahkan positif COVID-19 selepas melakukan ujian calitan sehari sebelumnya. Malah, Shuib mengakui reda dengan ketentuan tersebut dan Siti Sarah hamil tujuh bulan. 
  • Pada 5 Ogos, Siti Sarah telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas mengalami kesukaran untuk bernafas dan memerlukan bantuan oksigen. 
  • Pada awal pagi 6 Ogos, Siti Sarah dikejarkan ke ICU selepas paras oksigennya menurun dengan mendadak. Dia juga ditidurkan untuk memudahkan doktor melakukan rawatan bagi menstabilkan oksigen dalam dirinya. 
  • Doktor telah melakukan pembedahan ke atas Siti Sarah pada jam 5.45 petang untuk mengeluarkan bayi dalam kandunganya. Pembedahan itu berjaya dan Ayash Affan selamat dilahirkan.
  • Namun, bayi pra-matang itu tidak bergerak serta tiada reaksi menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke  inkubator untuk diberikan rawatan susulan. Ayash Affan adalah nama pilihan Siti Sarah sendiri yang bermaksud cerdik, cergas, cerdas dan bekerja keras. 
  • Kondisi Siti Sarah pula masih kritikal dan berada di dalam keadaan tidak sedar, oksigennya  berada di paras rendah.  Shuib tidak mampu menahan sebak.  "Apakah kita dapat melihat Siti Sarah semula?,” itulah pertanyaan yang disuarakan kepada Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom. 
  • Pada malam pertama majlis bacaan Yasin dan doa anjuran Indigital Music, Shuib meminta semua orang menghalalkan makan minum Siti Sarah dan maafkan segala salah dan silapnya. 
  • Pada 7 Ogos, kondisi Siti Sarah mula menunjukkan perubahan positif. Paras oksigennya mula naik daripada bacaan 40 hingga 77 pada jam 2 pagi.  Pada jam 8 pagi, oksigen semakin meningkat hingga paras 80 dan pada jam 6 petang, ia naik sebanyak 85. Shuib menganggap ia satu rahmat dan keajaiban daripada Tuhan dan berterima kasih serta mengharapkan orang ramai terus mendoakan Siti Sarah.
  • Pada 8 Ogos doktor memaklumkan kepada Shuib bahawa paras oksigen Siti Sarah menurun sehingga 40 dan ramai ustaza meminta supaya dia terus kuat dan bertahan untuk menghadapi ujian ini. Malah, Datuk Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah meminta Shuib jangan putus asa untuk berdoa. Beliau juga meminta agar ayat-ayat rukyah diperdengarkan kepada Siti Sarah. 
  • Pada 9 Ogos, Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5.13 pagi tadi. Jenazah Siti Sarah bakal disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Sungai Pusu, Gombak. Siti Sarah bakal disemadikan di sebelah pusara ibunya, Menut Shuib. Itu adalah permintaan daripada Siti Sarah sendiri. 

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Siti Sarah, mengangkat darjatnya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Selamat tinggal Siti Sarah, damailah di sana. - Getaran, 9 Ogos 2021

Semua Gambar: Instagram @shuibsepahtu

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bekas Pemain Dram Kumpulan Cromok Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 20 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 8 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21