web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Selebriti Muda Ini ‘Rebel’, Kritik Cara Kerajaan Urus Pandemik

Artis muda memang dilihat lebih lantang namun apa yang mereka cakapkan ada asasnya. Dengarlah suara mereka!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 2:43PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam keadaan yang serba menekan hari ini, ramai yang meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap cara kerajaan menguruskan pandemik. Selalunya golongan selebriti dan artis lebih memilih berdiam diri dan berjaga-jaga dalam menyuarakan pendapat dan suara mereka.

Namun, kebelakangan ini, beberapa artis muda dilihat lantang bersuara mengkritik dan menyuarakan pendapat mereka terhadap cara pihak berwajib menguruskan hal-hal berkaitan pandemik. Berikut adalah antara selebriti yang rebel di media sosial mereka:

 

Naim Daniel

Penyanyi ‘Purnama’ yang memiliki 156,000 pengikut di laman Twitter ini dilihat begitu tegas menyindir dan mengkritik melalui tweet yang ditulisnya.

Antara isu yang disuarakan Naim termasuklah isu rakyat yang tidak makan akibat pandemik juga kekecewaannya melihat kes penularan COVID-19 yang meningkat akibat lockdown yang tidak sistematik.

Bukan itu sahaja, Naim terang-terangan menyertai protes mengecam tindakan pemerintah dengan tanda pagar #LAWAN.

 

Daiyan Trisha

Pelakon ‘Projek Anchor SPM’ ini tidaklah selantang Naim. Tapi beberapa tweet Daiyan yang mempunyai 193,000 pengikut ini mendapat perhatian apabila dia mula mempersoalkan adakah pihak kerajaan akan bertanggungjawab dengan nyawa rakyat yang telah terkorban akibat sistem pengurusan kerajaan yang pincang.

 

 Aedy Ashraf

Sama seperti Naim, Aedy Ashraf juga turut menyertai solidariti kempen LAWAN dengan memuat naik bendera hitam yang dibuat menggunakan tudung kakaknya. Aedy juga ada juga memberi keyakinan kepada pengikutnya bahawa mudah-mudahan akan ada harapan dan hikmah selepas ujian ini.

 

 

Sweet Qismina

Turut susah hati ialah pelakon Sweet Qismina yang berasa sekiranya pengurusan pemerintah pada hari ini diteruskan, negara bakal berdepan dengan situasi yang lebih mencabar. Mana tidaknya, lockdown sudah dilakukan tapi tetap juga kes tidak turun. Rakyat pula ada yang sudah hilang punca dan hidup kelaparan.

Demikianlah antara selebriti muda yang dilihat menggunakan platform laman sosial mereka untuk bersuara dan lantang menyuarakan buah fikiran masing-masing.

Walaupun cara luahan mereka mereka adakalanya agak keras dan berani. Namun, rata-rata pengikut menyifatkan apa yang diluahkan mereka itu memang berasas. Setiap tweet mereka dikongsikan hampir ribuan pengikut laman sosial.

Memang golongan artis muda kita ini lebih berani untuk bersuara! Sebagai rakyat yang mewakili generasi muda pada hari ini, pasti mereka tahu apa yang mereka inginkan sebagai hak seorang rakyat!

Sumber foto: Instagram @sweetqismina, @naimdanielx, @aedyxashraf, @daiyantrisha

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN