web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ribuan Dolar Untuk Masuk Gaza, UEL Guna Duit Siapa?

Nadir dakwa ratusan ribu ringgit mungkin dibelanjakan sepanjang misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew ke Gaza. Persoalannya, duit siapakah yang digunakan sepanjang misi ini?

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 4:36PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Caprice, kini kontroversi membabitkan misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew (UEL) ke Gaza hangat diperkatakan apabila Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia di Gaza mendedahkan bagaimana cara pendakwah terkenal itu berjaya masuk ke wilayah bergolak terbabit menerusi saluran Telegram miliknya. 

Nadir Al-Nuri. Gambar Instagram @nadilalnuri
Nadir Al-Nuri. Gambar Instagram @nadilalnuri

Dalam pendedahan itu, Nadir Al-Nuri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia mendakwa, hasil desakan kerjasama antara Malaysia-Mesir untuk melepaskan misi kemanusiaan Ebit Lew meninggalkan kesan yang besar kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin masuk ke Gaza selepas ini. 

Menurutnya, Ebit Lew dan pasukannyamasuk ke Gaza menggunakan perkhidmatan Syarikat Hala dengan harga yang tinggi iaitu kira-kira RM5,091 (AS$1200) untuk setiap kepala. 

Harganya akan jauh lebih mahal sekiranya mahu dilayan seperti VVIP. Dengan membayar setinggi itu, mereka akan mendapat layanan khas seperti tidak perlu berhenti di banyak checkpoint

Nadir kemudian membangkitkan persoalan penting iaitu duit siapakah yang digunakan Ebit Lew untuk menampung keseluruhan perbelanjaan pasukan mereka ke Gaza? 

“Adakah pihak Ebit Lew bersedia memberi penerangan sekiranya ratusan ribu dolar dibayar ke Syarikat Hala untuk penginapan dan barangan sumbangan?

“Kalau dari poket sendiri, sahhan wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini. Sekiranya tidak, ambil tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul fitnah,” tulisnya dalam Telegram berkenaan. 

Tiada niat iri, sekadar tegur manja

Nadir turut menafikan teguran yang dilakukan itu  kerana berasa iri hati terhadap ustaz selebriti kesayangan ramai berkenaan.

Bahkan, menurut Nadir, dia sangat teruja sebaik sahaja mendapat perkhabaran Ebit Lew bakal ke Gaza. Dia bersedia membantu sekiranya diperlukan.

Lain pula jadinya apabila sebaik sahaja pasukan Ebit Lew tiba di Gaza pada jam 2 pagi. Nadir mendakwa kehadirannya seperti tidak disenangi.

“Ebit Lew duduk di sebelah langsung tidak bertegur, tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang berlaku,” tulisnya.

Sebelum mengakhiri catatan yang ditulis pada jam 2 pagi waktu Gaza itu, Nadir mengingatkan bahawa misi kemanusiaan adalah amanah yang sangat besar dan akan ditanya di hadapan Allah kelak bahkan seluruh sumbangan orang ramai hendaklah dilakukan secara telus. 

“Kepada pihak UEL, beranilah tampil untuk memberi penerangan dan penjelasan daripada melihat jutaan netizen mencipta fitnah dan bertelagah sesama sendiri,” tulisnya yang kemudian disusuli dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. - Getaran, 21 Julai 2021.

Sumber foto: Telegram Nadir Al-Nuri, Facebook Ustaz Ebit Lew

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN