web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Issey Tinggalkan Suria FM Hari Ini

Tarikh akhir Issey ke udara bersama Suria adalah pada 16 Julai 2021 sebelum beliau menghabiskan cutinya yang masih berbaki.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 10:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai segmen 'Team Pagi Suria' iaitu Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh luput 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM. Tarikh akhir Issey ke udara bersama Suria adalah pada 16 Julai 2021 sebelum beliau menghabiskan cutinya yang masih berbaki.

"Hari ni hari terakhir saya di Suria. Issey sendiri yang memilih untuk tidak menyambung kontrak di suria.. Saya sayang Suria. Tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada perancangan saya sendiri.  Kenangan tiga tahun di Suria akan jadi satu memori yang cukup indah dan cukup bermakna untuk saya dan 'adik-beradik' di Suria. 

Insyaa Allah rezeki akan ada nanti. Tapi  macam tulah. Buat masa sekarang ni , Issey ada perancangan Issey, cuma akan ada masa issey bagi tahu pada waktu yang sesuai nanti," jelas Issey dalam satu keterangan yang dikongsikan bersama pihak media pagi tadi. 

Suria FM menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya selama tiga tahun ini sebagai penyampai di SURIA FM.

Tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey buat masa ini dan segmen 'Team Pagi Suria' akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi Ali. Sebarang perancangan akan datang akan dihebahkan kepada media dan orang ramai. - Getaran, 16 Julai 2021.

Foto : Suria FM

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN