web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Gaji Ikut Hari, Tak Semua Ada EPF” Apa Khabar Anak Seni Bongkar Isi Hati Penggiat Industri

Kehadiran kempen ‘Apa Khabar Anak Seni’ yang berlegar di laman Twitter sejak beberapa hari bertujuan untuk saling bertanya khabar penggiat industri kreatif

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 1:02PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sedikit kesan yang perlu ditelan oleh penggiat seni sejak aktiviti penggambaran dan persembahan dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Terutamanya bagi penggiat seni yang sumber pendapatannya dibayar ikut hari. 

Justeru, kehadiran Kempen Apa Khabar Anak Seni yang berlegar di laman Twitter sejak beberapa hari lalu dilihat signifikan dan bertujuan untuk saling bertanya khabar penggiat industri kreatif memandangkan keadaan semakin meruncing akhir-akhir ini.

Kempen yang digerakkan oleh Delegasi Anak Seni (DAS) itu telah menerima sambutan yang menggalakkan oleh penggiat seni. Twitter dibanjiri cerita-cerita dan luahan para penggiat seni di kala Covid-19 yang semakin hebat melanda negara. Kerisauan, kebuntuan serta kata-kata semangat mula dikongsikan mereka melalui tanda pagar itu. 

Turut berkongsi perasaan yang sama ialah Alif Satar dan kumpulannya The Locos. Mengakui ini ialah masa mencabar untuk semua, Alif and The Locos percaya bahawa inilah masanya untuk kita semua saling membantu serta  menguatkan sesama kita. 

“Kepada anak seni, we feel you. Kami faham bahawa saat ini kadangkala kita rasa tersisih melihat ada industri lain yang sudah beroperasi sedangkan kita belum. Ada yang hilang punca pendapatan dalam tempoh ini.

“Inilah waktunya untuk kita semua kena bersatu. Siapa yang boleh membantu, silakan membantu. Siapa yang nak dapatkan bantuan carilah pertolongan. Saya bangga melihat rakan artis yang lain melakukan inisiatif membantu sesama kita. Teruskan kekal kuat dan jangan putus asa. Percayalah, selalu ada terang di hujung lorong. Ini bukan pengakhiran,” ujar Alif ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Mengakui tidak hanya industri hiburan yang terjejas dan ramai yang sudah putus asa hingga memilih menamatkan hidup. Pemain basis kumpulan itu, Efry Arwis memberikan kata semangat dan berharap agar masyarakat terus bersabar mengharungi dugaan ini.

“Saya sedih melihat keadaan ini. Saya tahu yang kita semua susah. Walau apapun, kita kena banyak bersabar dan kuat. Ketahuilah bahawa kita ada bersama kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan ini dapat pulih seperti sedia kata,” katanya.

Turut berkongsi perasaan yang sama ialah Leyla Nordin yang merupakan pemilik agensi pencarian bakat. 

“Kempen ini bagus kerana ia seolah-olah memberi tahu kepada semua penggiat seni bahawa masih ada ramai yang terkesan dan ambil kisah tentang kita. Kita akan lebih membuka mata melihat nasib anak seni yang lain. Apa yang jadi kepada mereka? Sudahlah gaji tak seberapa, lagilah pula mereka semua tak bekerja sekarang. Tak semua orang pula ada simpanan wang simpanan pekerja atau EPF. Jadi pendek kata, anak seni ini kalau tak ada kerja memang susah. 

“Bantuan yang diberikan kerajaan itu bagus. Tapi sampai bila kita nak berharap kepada bantuan? Kita perlukan satu solusi yang lebih baik untuk menghadapi situasi ini,” katanya.

Kempen tersebut telah meraih beribu ciapan sejak semalam. Antara artis yang turut terlibat dalam kempen tersebut ialah Sharifah Amani, Azira Shafinaz, Iedil Putra Nora Danish dan ramai lagi.

Sumber foto: Instagram Alif and the Locos, Twitter Idham Mad Din

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN