Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


OneRepublic Kembali Menggegar Carta Muzik Setelah Lama Menyepi

Walaupun penghasilan album ‘Human’ berdepan dengan banyak cabaran, OneRepublic teruja membawa rentak yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran era muzik terkini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 2:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita semua sudah mengetahui bahawa OneRepublic merupakan salah satu kumpulan pop rock yang telah memberi impak besar kepada industri muzik. Bahkan mereka telah menghasilkan lagu-lagu ‘legenda’ yang masih menjadi halwa telinga dan siulan orang ramai hingga ke hari ini.

Semestinya bila mendengar lagu-lagu seperti ‘Apologize’, ‘Counting Stars’ dan sebagainya, ia pasti akan menjadi satu throwback dan membawa anda kembali ke zaman remaja.

Setelah lima tahun menyepi, kumpulan OneRepublic kembali menggegar dunia muzik dengan album terbaharu mereka, Human.

Meskipun para peminat terpaksa menunggu beberapa tahun untuk album ini, penantiannya ternyata berbaloi kerana karya mereka tidak pernah mengecewakan. Terkenal dengan penghasilan muzik yang menyentuh hati, kini mereka hadir dengan bunyi yang lebih segar dan sedikit berbeza. 

Kami sempat menemu ramah Ryan Tedder selaku ketua kumpulan dan vokalis OneRepublic lewat sidang media secara atas talian kelolaan syarikat rakaman Universal Music Malaysia. 

Dalam sidang media ini, Ryan Tedder mengakui bahawa penghasilan album Human adalah antara paling sukar dan mencabar dalam kerjaya mereka sebagai artis. 

“Sejujurnya, situasi pandemik ini sangat memberi kesan kepada proses penghasilan album ini. Bukan itu sahaja, pelancarannya juga ditunda beberapa kali. 

“Kami juga berdepan dengan cabaran dari segi pemilihan lagu dan banyak kali menukar senarai lagu buat album ini,” kata Tedder.

Selain itu, Tedder juga mengatakan bahawa hala tuju kumpulan ini tidak banyak beza cuma diubah bagi mengikut peredaran era muzik terkini. Baginya, itulah antara strategi mereka untuk mengekalkan kesetiaan peminat mereka.

"Kami sangat mengambil berat dalam memastikan kualiti melodi serta lirik lagu ditulis mempunyai makna yang mendalam. Aspek ini sangat penting bagi kami mengekalkan aura kuat dalam lagu kami dan agar identiti kami tidak hilang.

"Ada corak melodi dan bunyi yang kedengaran sama dengan karya lama tetapi diberi sedikit sentuhan moden. Jadi bila peminat dengar lagu baharu ini, mereka boleh imbau kembali kenangan sewaktu mendengar lagu-lagu kami sebelum ini,” jelas Ryan. 

Walaupun bukan semua lagu di dalam album telah dikeluarkan, Ryan sempat berkongsi tentang single terbaharu mereka. ‘Run’ merupakan single kelima dalam album ini. Ia berentak rancak dan catchy serta mempunyai nukilan lirik yang menceritakan keinginan untuk berlari dari segala berita buruk.

“Sekarang ini terdapat banyak sangat berita buruk yang menyedihkan dan saya tahu ramai yang sedang mencari jalan keluar untuk melupakannya. Sama seperti tajuk lagu ini, saya merasakan kita kena berlari untuk melupakan masalah kita. Dengan berlari juga, kita lebih fokus untuk mengejar tujuan hidup kita.

"Semua lagu kami merupakan terjemahan peribadi luhur daripada kisah hidup dan pengalaman kami sendiri. Jadi ia membuatkan penyampaian mesej lebih realistik dan boleh dikaitkan dengan kisah hidup sesiapapun," tambah lagi Ryan.

Album Human termasuk single ‘Run’ boleh didengar di pelantar penstrimam digital Spotify dan Apple Music. – Getaran, 5 Julai 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Terkejut Dan Kecewa Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dua Bulan Dari Sekarang 

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 6 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Selebriti 10 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor