web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Semua Nak Berjaya, Cuma…” -Sheila Rusli Antara Mentor Resipi Berani Maggi

Sheila percaya bahawa di luar sana, ramai wanita yang ingin memastikan hidupnya lebih baik daripada sebelum ini. Namun, tak semua orang bernasib baik. Perniagaan mereka berdepan masalah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 9:12AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita tidak ada banyak pilihan semasa era pandemik melanda dunia ini. Jadi, suka atau tidak, langkah dan strategi baru harus kita ambil untuk memastikan kita dapat bertahan. Golongan wanita digesa untuk ke depan dan keluar daripada zon selesa untuk menjana pendapatan.

Jenama produk makanan terkemuka, Maggi sekali lagi hadir dengan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi dengan harapan dapat mengasah bakat wanita di luar sana dalam bidang perniagaan. 

Siri realiti TV enam episod yang diberi nama ‘Resipi Berani Maggi’ ini bakal menampilkan lapan orang peserta. Mereka akan dibimbing oleh tiga orang selebriti merangkap usahawan terkenal seperti Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris.

“Dalam program ini saya berperanan untuk menjadikan peserta program ini seorang wanita yang berani dan yakin. Saya faham ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana  ia memerlukan kesungguhan untuk berubah,” kata Sheila semasa ditemui di majlis pelancaran dalam talian baru-baru ini.

Bercerita pengalamannya sepanjang rakaman program ini, Sheila merasakan ia adalah pengalaman yang menyeronokkan kerana semua peserta disifatkan komited dan saling bekerjasama. 

“Biasalah, ada peserta yang bila dia dengar rancangan ini nak cari orang berani. Mereka mulalah terlebih berani dan yakin. Bila terlebih berani, dia lupa nak fokus kepada kualiti kerja. Jadi sebagai mentor, kita cuba untuk mencari keseimbangan antara keyakinan diri dengan kualiti kerja,” tambahnya lagi.

Sheila percaya bahawa di luar sana, ramai wanita yang ingin memastikan hidupnya lebih baik daripada sebelum ini. Namun, tak semua orang bernasib baik. Perniagaan mereka berdepan masalah.

“Semua nak berjaya, cuba kadang nasib tak ada. Jangan putus asa. Ada orang yang bila benda yang diusahakan tak berjaya, dia malas nak buat. Kita kena ingat gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

“Satu lagi, saya nak pesan, kita jangan buat sesuatu hanya kerana kita nampak orang lain nak buat. Semua kena datang daripada diri sendiri,” katanya.

Dalam program tersebut, peserta akan menyelesaikan beberapa cabaran seperti kemahiran perniagaan, kemahiran digital dan memasak.

Pemenang program ini bakal menerima modal benih RM8,000 dan program bimbingan peribadi selama 8 minggu dengan ikon usahawan, Anne Idris. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal RM5,000.

Bukan itu sahaja, untuk membantu lebih ramai wanita di luar sana, Maggi dengan kerjasama program Google’s Women’s Will akan mengadakan sebuah bengkel pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. 

Peserta terpilih berpeluang  menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan yang eksklusif. Anda dipelawa untuk mendaftar di laman web Maggi Cukup Rasa . - Getaran, 5 Julai 2021

Sumber foto: Ihsan Maggi

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

KL Tower International Jump kembali dianjurkan

2

Politik 3 tahun yang lalu

Syabas! Masih Ada Yang Berani, Waras Dalam UMNO - Khairy

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saya Tidak Disatukan Dalam Scene Panas Itu - Alif Satar Jawab Isu Tentang Filem 'Pulau' 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

"Dia Cuma Bawa Watak Antagonis, Salahkah?" – Norman KRU Tampil Bela Sheila Rusly Yang Dikecam Hebat

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN