web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daripada Peminat Kepada Pengundi, Vijay Kini KM Baharu Tamil Nadu

Vijay berikrar menjadi suara rakyat dan membawa perubahan menyeluruh ke atas lanskap pentadbiran Tamil Nadu.

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari dunia hiburan ke arena politik.

Kisah artis beralih bidang bukan sesuatu yang luar biasa, termasuk bagi industri Kollywood. 

Sejak sekian lama, penduduk India dan pengikut seni hiburan Kollywood telah terbiasa dengan kisah artis pujaan mereka memilih untuk berkecimpung dalam arena politik.

Terbaru, aktor C Joseph Vijay atau lebih dikenali sebagai Vijay dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu, selepas parti diterajuinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) mengungguli pilihan raya.

Mengangkat sumpah semalam, Vijay berikrar menjadi suara rakyat dan membawa perubahan menyeluruh ke atas lanskap pentadbiran Tamil Nadu.

Memberikan ucapan sulung dengan penuh emosi di Stadium Nehru, Chennai, Vijay berkata kemenangan diperoleh adalah petanda kebangkitan rakyat yang sekian lama dahagakan perubahan lebih bersih, telus dan jujur. 

“Hari ini bukan hanya sekadar untuk meraikan kemenangan (saya), tapi ia adalah hadiah buat semua rakyat Tamil Nadu atas perjuangan mereka,” katanya. 

Aktor itu memberi jaminan, segala permasalahan yang menyelubungi rakyat khususnya kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan kebajikan golongan miskin menjadi agenda utama pemerintahan.

Katanya, semua pihak akan diberi perhatian sama rata tanpa memilih bulu.

“Kerajaan TVK akan lebih terbuka menerima pandangan rakyat kerana kita mahu membina Tamil Nadu yang lebih kuat, progresif dan bersatu. 

“Semua rakyat berhak menikmati pembangunan dan peluang yang adil,” katanya.

Kemenangan diraih TVK disifatkan sebagai antara kejutan terbesar politik India, susulan kejayaan parti itu menumbangkan gergasi seperti DMK dan AIADMK yang telah menguasai Tamil Nadu selama beberapa dekad.

Selain Vijay, beberapa pemimpin kanan TVK turut mengangkat sumpah sebagai anggota kabinet kerajaan negeri berkenaan. - Getaran, 11 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN