web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maryam Duriankimchi Imbangi Budaya Malaysia, Korea Dalam Didik Anak

Walaupun kedua-dua anaknya itu masih kecil, Maryam berkata beliau tetap cuba menerapkan nilai tanggungjawab dan adab dalam rutin harian mereka termasuk menerusi etika ketika makan.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 4:03PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gelagat comel Rina dan Rian, anak pasangan pempengaruh media sosial Maryam Yoo Narae dan Ryzal Ibrahim, sering mencuri perhatian warga maya dengan telatah mereka yang petah, bijak dan menghiburkan dalam gabungan dua budaya berbeza.

Dibesarkan dalam keluarga yang menggabungkan budaya Korea Selatan daripada ibunya dan Malaysia daripada bapanya, anak sulung pasangan itu, Rina, yang kini berusia lima tahun bukan sahaja petah bertutur lebih daripada satu bahasa bahkan turut diterapkan nilai hormat dan adab mengikut budaya kedua-dua negara.

Kini, anak bongsu mereka, Rian yang baru berusia setahun, turut dibiasakan dengan pendekatan sama seperti kakaknya termasuk menerapkan adab dan sikap menghormati orang lebih tua dalam kehidupan harian, selain didedahkan kepada penggunaan bahasa Korea dan Melayu sejak kecil.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak dalam persekitaran dua budaya, Maryam, 34, atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi berkata beliau percaya nilai hormat dan adab boleh dipupuk melalui amalan harian agar Rina dan Rian membesar dengan lebih memahami budaya Korea Selatan dan Malaysia.

"Misalnya, cara kita memberi salam. Di Korea apabila berjumpa dengan orang tua, kita akan menyapa dengan 'annyeonghaseyo' (hello), tak ada salam serta cium tangan seperti budaya di Malaysia. Jadi, bila Rina pergi Korea, dia akan bagi salam sebab dah terbiasa dengan budaya itu ketika membesar di sini.

"Sekarang, saya cuba biasakan dia (Rina) ucap 'annyeonghaseyo' dan 'gomapseumnida' (terima kasih). Saya juga ajar kalau mereka dapat sesuatu, cakap terima kasih dulu...kalau orang tua ada, bagi tempat duduk," katanya.

Walaupun kedua-dua anaknya itu masih kecil, Maryam berkata beliau tetap cuba menerapkan nilai tanggungjawab dan adab dalam rutin harian mereka termasuk menerusi etika ketika makan.

"Dalam budaya Korea, ahli keluarga paling muda kebiasaannya akan menyediakan sudu dan kelengkapan makan sebelum makan sebagai tanda hormat kepada orang lebih tua. Jadi, saya ajar juga tentang perkara itu kerana ia memang saya amalkan dalam kehidupan harian," katanya.

Ingin melihat kedua-dua permata hatinya itu membesar dengan memahami kedua-dua budaya secara semula jadi tanpa melupakan identiti dan budaya asal, Maryam berkata Rina dan Rian juga turut diajar akan adab untuk menjawab dengan sopan dengan sesiapa sahaja mengikut bahasa mereka yang menegurnya.

"Saya cuba seimbangkan penggunaan bahasa Melayu dan Korea dalam pertuturan harian. Kalau Rina dengan saya, saya cuba cakap bahasa Korea sebab di luar semua orang cakap bahasa Melayu atau Inggeris. Hanya dengan saya sahaja, Rina boleh belajar bahasa Korea.

"Jika Rina tak boleh cakap bahasa Korea, saya risau dia tak faham budaya Korea. Tetapi alhamdulillah, Rina tahu jika orang cakap bahasa Melayu dengan dia, dia akan jawab bahasa Melayu. Jika bahasa Inggeris, Rina akan jawab bahasa sama," katanya.

Menyedari gelagat anak-anaknya sering menjadi perhatian warga maya dan disifatkan bijak oleh ramai pengikut di media sosial, Maryam turut menitipkan nasihat kepada ibu bapa agar tidak terlalu membandingkan anak masing-masing dengan orang lain sebaliknya memberi lebih perhatian kepada masa berkualiti dengan keluarga. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan