Pagi bagi sejumlah besar rakyat Malaysia bermula dengan aroma kopi yang membangkitkan semangat. Secawan kopi bukan sekadar minuman, ia adalah simbol tenaga, fokus dan ketahanan.
Kandungan kafein semula jadinya membantu meningkatkan kewaspadaan, manakala rasa pahitnya yang unik memberi kehangatan dan keselesaan.
Bagi sesetengah orang, kopi adalah teman setia sebelum memulakan hari, bagi yang lain, ia adalah sumber inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Menyedari peranan besar kopi dalam kehidupan moden, Alicafé, jenama kopi Tongkat Ali dan Ginseng No.1 di Malaysia, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama penggemar kopi tempatan.
Dengan pelancaran kempen terbaharu mereka, #KuasaKauKaw, Alicafé menyeru rakyat Malaysia untuk meraikan kekuatan dalaman, stamina, fokus dan daya tahan yang menjadi nadi lelaki moden masa kini.
Kempen ini bukan sekadar promosi, ia adalah penghargaan terhadap semangat, usaha dan nilai tradisi yang tersirat dalam setiap bancuhan kopi Alicafé.
Selama lebih dua dekad, jenama ini kekal sinonim dengan tenaga berasaskan warisan, menggabungkan khasiat Tongkat Ali, Ginseng, dan kopi berkualiti tinggi yang memberi keunikan tersendiri kepada setiap hirupan.

Hasilnya ialah Alicafé Tenaga Legenda™, minuman yang bukan hanya menyegarkan, tetapi juga mengembalikan keyakinan serta ketahanan mental dan fizikal.
Bagi memperkukuh mesej kempen ini, Alicafé memperkenalkan Datuk Remy Ishak sebagai Duta Rasmi Jenama sehingga tahun 2027. Pemilihannya bukan sekadar berdasarkan populariti, tetapi kerana beliau mencerminkan nilai-nilai yang dipegang Alicafé, tenaga yang tiada batas, ketabahan, dan rasa hormat terhadap warisan serta keluarga.
Pengerusi Power Root Berhad, Tengku Datuk Putra Alhaj menyatakan bahawa Remy mewakili citra lelaki Malaysia moden yang berkeyakinan, berprinsip dan berpegang pada akar budaya.
Sementara itu Remy Ishak menyatakan rasa terhormat dapat bekerjasama dengan jenama kopi tempatan yang sudah sinonim dengan tenaga dan keaslian.

“Saya percaya setiap kejayaan bermula dengan tenaga yang betul. Alicafé melambangkan gaya hidup aktif, bertenaga dan memberi inspirasi yang seiring dengan perjalanan kerjaya saya. Sebelum menjadi duta, saya sebenarnya memang sudah lama mengambil kopi ini untuk memulakan hari.
“Jadi apabila mereka datang dengan tawaran untuk melantik saya sebagai duta, saya setuju. Menjadi Duta Alicafé bukan sekadar kerjasama komersial, malah cara saya menyokong produk tempatan Malaysia yang sebenar,” ulasnya ketika ditanya mengenai penglibatannya bersama Alicafé.
Dengan semangat baharu melalui kempen #KuasaKauKaw, Alicafé terus membuktikan bahawa kopi bukan sekadar minuman, ia adalah sumber tenaga legenda yang menghubungkan tradisi, cita rasa dan semangat rakyat Malaysia. - Getaran, 8 Oktober 2025