Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Rumah’, Single Terbaharu Daripada Juara Indonesian Idol, Salma Salsabil

Salma juga bertindak sebagai pencipta lagu dan memetik gitar akustik

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah meraih kejayaan lewat lagu ‘Bunga Hati’, penyanyi Indonesia yang juga pemenang Indonesian Idol musim ke-12, Salma Salsabil, kembali  dengan karya terbaharunya berjudul ‘Rumah’ yang dihasilkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

Menerusi lagu ini, Salma bukan hanya seorang penyanyi, tetapi dia juga adalah pencipta lagu. Malah, gemersik gitar akustik pada lagu yang bernuansa sayu ini juga dimainkan oleh Salma sendiri.

‘Rumah’ bercerita tentang dirinya, kedua ibu bapa dan keluarganya. Di lagu ini, Salma menceritakan tentang bagaimana dirinya merindukan rumah kerana tinggal jauh demi meraih mimpinya sebagai seorang penyanyi. 

Sebelumnya, lagu ciptaannya ini pernah dibawakan di pentas Indonesian Idol dan disambut baik oleh banyak pihak kerana maknanya yang dalam serta dapat dirasai oleh kebanyakan orang, terutama mereka yang sedang merindukan rumah atau kampung halaman.

“Melalui lagu ini, saya ingin menyampaikan bahawa rumah bukan selalu tentang tempat. ‘Rumah’ boleh menjadi mereka yang menerima dan mencintai kita seadanya, sehingga ketika bersama mereka kita boleh menjadi diri sendiri.

“Jadi, meskipun lagu ini mengikut versi saya adalah tentang ibu bapa dan keluarga, saya yakin pendengar di luar sana punya ‘Rumah’ versi tersendiri. Mungkin ia tentang teman atau pasangan,” ulas Salma bercerita tentang lagu ini.

Berbeza dengan single terdahulu yang sangat rancak, susunan lagu ‘Rumah’ dibuat sangat mudah dengan menyajikan dominasi suara gitar akustik.

Susunan yang minimalis ini memang sengaja dipersembahkan oleh Salma kerana dia ingin memberikan rasa yang mendalam terhadap pesan dalam tiap bait lirik. Bahkan, setiap pemilihan kata juga sangat mudah untuk difahami.

Walaupun ‘Rumah’ tidak termasuk dalam kategori lagu ketuhanan, namun Salma dan pihak rakaman percaya ia sesuai untuk dimainkan menjelang raya kali ini. Ini kerana tema lagunya yang dekat dengan keluarga dan bagaimana seseorang merindukan rumahnya.

“Saya harap lagu ini boleh menjadi soundtrack buat kalian yang sedang rindu dengan rumah masing-masing, dan jangan lupa dengarkannya selalu,” ujar Salma.

Single ini sudah boleh didengarkan di semua platform muzik digital kegemaran anda. Selain itu, anda juga boleh dengarkan DI SINI atau tonton visualizer video ‘Rumah’ DI SINI.

Foto : Universal Music Indonesia.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

3

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran