Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ekoran Kontroversi, Wajah Ruhainies Dalam Iklan Dikaburkan

Aktres yang terpalit dengan insiden tangkap khalwat, Ruhainies mula terima tempias

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 12:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz seminggu yang lalu, kini mula menerima tempias ekoran kontroversi yang berlaku. 

Pada Jumaat, jenama supplemen kesihatan, Kitsui menerusi satu hantaran Instagram telah memuat naik iklan Ramadan Raya dengan mengaburkan wajah Ruhainies yang turut terlibat dalam kempen tersebut.  

Jelas jenama ini, suntingan itu perlu dilakukan bagi memastikan kontroversi yang melibatkan Ruhainies itu tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan kesulitan. 

Tambah mereka lagi, penggambaran iklan yang turut melibatkan Hisyam Hamid dan Wany Hasrita itu telah siap dirakam pada Disember 2023, membabitkan 100 karyawan dan kru produksi bagi menjayakan iklan itu.

“Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama hantaran kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air.

Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.

Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” tulis mereka.

Sebelum berkongsi versi yang telah diedit, Kitsui telah memuat naik video yang memperlihatkan wajah Ruhainies terlebih dahulu. Bagaimanapun, ruangan komen di dihujani dengan pelbagai kecaman. Lantaran itu, Kitsui telah memadamkan hantaran ini. 

Dalam perkembangan lain, Ruhainies juga telah menarik diri daripada menyertai festival jualan raya, Starvendors KLCC Mega Raya Fest yang dijadualkan bermula pada 29 Mac hingga 1 April hadapan. 

Perkara ini telah disampaikan oleh penyanyi dan juga pelakon, Ifa Raziah yang juga penganjur acara. Jelas Ifa, Ruhainies mengambil keputusan untuk menarik diri kerana tidak mahu kehadirannya menjejaskan perniagaan pihak lain. - Getaran, 16 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

2

Selebriti 3 minggu yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Aliff Aziz Sekali Lagi Terpalit Kes Khalwat Dengan Pelakon Wanita

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Drama ‘Sorry Naik Lori’ Realiti Kehidupan Tentang Kepayahan Golongan B40

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran