web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Drama ‘Sorry Naik Lori’ Realiti Kehidupan Tentang Kepayahan Golongan B40

Drama ini membawa kisah realiti yang dihadapi rakyat Malaysia khususnya golongan B40.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 9:04PM

'Sorry Naik Lori' bakal menemui penonton 4 November ini. - Gambar ihsan iQIYI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat pada tajuknya, 'Sorry Naik Lori’, mungkin ada yang beranggapan bahawa ia adalah sebuah drama bergenre romantik komedi, semata-mata indah-indah dan manis-manis belaka. 

Hakikatnya, drama bersiri 12 episod terbitan iQIYI  ini sebenarnya cuba mengangkat dilema tentang pengorbanan dalam mengejar sesuatu impian yang tidak ramai orang berpeluang untuk mencapainya, terutama dalam dunia media sosial yang serba pantas dan mudah ‘viral’.

Barisan pelakon dan krew Sorry Naik Lori (dari kiri) Sariah (Penerbit), Ahmad Saffuan, Tajul, Ruhainies, Sheila Mambo manakala dari atas kiri pula Aidilfitri Mohd (pengarah), Nafiz Muaz, Nazim Othman dan Phirdaus Khardini. - Gambar iQIYI
Barisan pelakon dan krew Sorry Naik Lori (dari kiri) Sariah (Penerbit), Ahmad Saffuan, Tajul, Ruhainies, Sheila Mambo manakala dari atas kiri pula Aidilfitri Mohd (pengarah), Nafiz Muaz, Nazim Othman dan Phirdaus Khardini. - Gambar iQIYI

Pengarahnya, Aidilfitri Mohamed Yunos berkata, drama ini membawa kisah realiti sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia khususnya golongan B40 mengenai kepayahan yang terpaksa dilalui apabila ada yang terpaksa meninggalkan kampung halaman dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

“’Namun, jalan ceritanya yang berkait dengan masyarakat hari ini iaitu masyarakat yang terlibat secara langsung dengan media sosial dan mereka yang bercita-cita menjadi pempengaruh untuk menjadi kaya dan terkenal. 

“Ia turut menceritakan betapa pentingnya hubungan dan sokongan keluarga dan bagaimana ikatan kekeluargaan mampu dikukuhkan ketika berdepan kesusahan.

“Penggambaran yang kebanyakannya dilakukan di Pulau Pinang ini memaparkan kepelbagaian budaya dan pemandangan indah yang ada di Malaysia selain memperkenalkan makanan tempatan dan dialek Pulau Pinang dalam siri itu,” katanya.

(Dari kiri) Pengarah Pemasaran foodpanda, Bernard Chong, Pengurus Negara iQIYI Singapura, Malaysia & Brunei, Dinesh Ratnam, Pereka fesyen, Fiziwoo (tiga dari kanan) dan penyanyi Serra Kamal (dua dari kanan). - Gambar iQIYI
(Dari kiri) Pengarah Pemasaran foodpanda, Bernard Chong, Pengurus Negara iQIYI Singapura, Malaysia & Brunei, Dinesh Ratnam, Pereka fesyen, Fiziwoo (tiga dari kanan) dan penyanyi Serra Kamal (dua dari kanan). - Gambar iQIYI

Jelas Aidilfitri lagi, pihaknya turut bekerjasama dengan foodpanda yang merupakan peneraju platform penghantaran makanan dan barangan runcit dalam talian terkemuka di Asia Tenggara.

“Dalam ‘Sorry Naik Lori’, foodpanda akan diadaptasi sebagai sebahagian dari jalan cerita dengan penghantar makanan foodpanda memainkan salah satu watak utama dalam siri ini.

Dengan cara ini, pendedahan perkhidmatan foodpanda serta tawaran baharunya serta jenama foodpanda dapat diselitkan dalam pelbagai babak jalan cerita drama ini,” katanya. 

Mempertaruhkan dua bintang tempatan yang popular dalam kalangan GenZ dan millennial, siri ini menampilkan pelakon Nazim Othman yang memegang karakter sebagai individu yang ketinggalan zaman dan 'buta' media sosial bernama Khairul, manakala Nadia lakonan Ruhainies adalah wanita moden yang bercita-cita menjadi influencer

Selain itu, siri ini turut dijayakn penyanyi Tajul Arif, Nafiz Muaz, TikToker terkenal Ahmad Saffuan dan ramai lagi.

‘Sorry Naik Lori’ akan membuat penonton terpikat dengan kepelbagaian jalan cerita dan pembangunan karakter.

‘Sorry Naik Lori’ berkisar tentang watak Khairul, pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia pula bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang influencer

Gambar iQIYI
Gambar iQIYI

Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang ramai. 

Nadia menolak nasihat suaminya untuk berhenti dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. 

Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi pada masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.

‘Sorry Naik Lori’ akan ditayangkan bermula 4 November 2022 secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan iQIYI International www.iq.com bersama episod baharu yang akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu. – Getaran 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ekoran Kontroversi, Wajah Ruhainies Dalam Iklan Dikaburkan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...