web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terapi Hormon Bantu Ella Tangani Isu Bentuk Badan Naik Mendadak, Mudah Lesu

Ratu Rock Malaysia juga mengakui emosinya terjejas apabila keadaan fizikalnya semakin berubah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:30AM

Ella ketika konsert di Pulau Pinang.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini SkyHill Clinic yang diterajui oleh Dr Linda Mat Hassin telah menganjurkan acara ‘Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony’ bagi memberi pendedahan tentang kesihatan hormon.

Acara yang turut melibatkan Ella itu diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ratu Rock Negara sebagai seorang anak seni yang mempunyai jutaan peminat dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dalam kalangan lelaki dan wanita, khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas. 

Ella yang terkenal dengan aksi lincahnya di atas pentas berkongsi, beliau mula menjalani rawatan terapi hormon apabila mendapati keadaan fizikalnya yang mudah letih, susah untuk tidur serta berat badan yang naik secara mendadak.

Perkongsian Ella pada acara ‘Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony’.
Perkongsian Ella pada acara ‘Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony’.

“Keadaan badan yang mudah lesu, susah tidur selain masalah kenaikan berat badan telah mempengaruhi emosi apabila Ella mula hilang keceriaan dan semangat untuk melakukan aktiviti seperti orang lain.

“Bermula dari situ, Ella mula mencari jalan untuk mengatasi masalah ini dan akhirnya dipertemukan dengan Dr. Linda Hat Hassin atau Dr. Linda dan diperkenalkan dengan rawatan terapi hormon.

 “Ella mula menjalani rawatan yang dikenali sebagai Terapi Hormon Bio Identik sejak hampir dua tahun lepas,” kongsi Ella.

Tambah Ella lagi, setelah menjalani rawatan beliau mempelajari keadaan emosi yang tidak menentu yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon juga boleh memberi impak pada kesejahteraan dan kualiti hidup

 “Keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon rupa-rupanya boleh memberi impak pada kesejahteraan dan kualiti hidup.

“Oleh itu, Ella mahu berkongsi kebaikan dan manfaat penjagaan dan rawatan hormon dengan rakan-rakan selebriti serta peminat di luar sana.

“Kini berkat konsistensi Ella dalam mengikuti nasihat Dr Linda beserta rawatan, berat badan Ella kini kembali seperti ketika berumur 30-an.

“Suami turut puji dengan perubahan ini, dia kata Ella kelihatan awet muda seperti di zaman anak dara dulu,” ujar Ella bangga. 

Ella bersama-sama peneraju SkyHill Clinic, Dr Linda Mat Hassin.
Ella bersama-sama peneraju SkyHill Clinic, Dr Linda Mat Hassin.

Sementara itu, Dr. Linda yang bertanggungjawab dalam memberi kefahaman dan khidmat rawatan berkaitan hormon, menyatakan bahawa sudah sampai masanya masyarakat memandang berat tentang kondisi kesihatan hormon mereka kerana ia boleh memberi impak buruk terhadap kesihatan emosi, mental dan fizikal jika tidak diuruskan dengan baik.

“Kehadiran Ella bersama suami hampir dua tahun lepas memberi hikmah kepada mereka yang masih tertanya-tanya atau langsung tidak tahu menahu apakah itu ketidakstabilan hormon dan sebesar mana impaknya dalam memberi kesan negatif kepada emosi diri.

“Untuk itu, kami memilih untuk memfokuskan acara pada hari ini untuk menghargai kerjasama dan dedikasi Ella selaku advokat kesihatan hormon dan untuk beliau bersama-sama menyebarkan maklumat berguna kepada peminat-peminatnya dan juga rakan-rakan selebriti yang hadir.

“Melalui pengalamannya menjalani Terapi Hormon Bio Identik selama ini, diharapkan kefahaman tentang terapi hormon semakin meningkat,” ulas Dr.Linda. 

Dr Linda Mat Hassin.
Dr Linda Mat Hassin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rawatan yang disediakan oleh SkyHill Clinic, anda boleh melayari https://skyhillclinic.com/. – Getaran, 8 Mac 2024

Foto : SkyHill Clinic

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN