Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Vokalis Fall Out Boys Buat Lagu Untuk Siri Animasi Terbaharu Hot Wheels Let’s Race™ Di Netlix

Peminat Hot Wheels® boleh juga mendapatkan produk yang dipaparkan dalam siri animasi tersebut di pasaran.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 5:55PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersiap sedia semua pelumba! Hot Wheels bakal melancarkan Hot Wheels Let’s Race, sebuah siri animasi kanak – kanak baharu terbitan Mattel Television Studios secara global pada 4 Mac ini.

Diinspirasikan oleh Hot Wheel keluaran Mattel, sebuah syarikat menjual permainan terkenal, siri animasi Hot Wheels Let’s Race ini merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk kanak – kanak yang menggabungkan kenderaan, kenderaan luar biasa, memperkenalkan watak – watak yang penuh aksi, perlumbaan pantas, cabaran – cabaran yang mendebarkan dan banyak lagi.

Patrick Stump.
Patrick Stump.

Lebih menarik lagi, Hot Wheels telah bekerjasama dengan Patrick Stump, penyanyi utama kumpulan Fall Out Boys, bagi membantu menetapkan aturan irama dan tempo untuk siri ini.

Pada masa sama, Stump juga mengetuai proses penggubahan skor muzik, muzik latar dan isyarat muzik bagi setiap episod, dan dalam masa yang sama beliau adalah komposer, penerbit serta merakamkan lagu tema untuk siri tersebut.

Siri ini memaparkan tentang sekumpulan pelumba generasi baru: Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar yang menyertai sebuah kem perlumbaan yang sentiasa menguji kemahiran pemanduan mereka.

Siri ini akan memaparkan pertandingan perlumbaan yang mencabar, aksi-aksi yang ekstrem, dan cabaran – cabaran yang memacu adrenalin setiap pelumba.

Pengurus Besar Mattel Asia Selatan, Murat Ariksoy, berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk mendekati peminat – peminat mainan keluarannya dari pelbagai lapisan umur dengan cara yang menyeronokkan.

Katanya, ia dengan harapan dapat menyemarakkan dan memupuk semangat bersaing yang terpendam dalam diri mereka dan membantu mereka mencapai potensi diri mereka yang sebenar.

“Hot Wheels Let’s Race satu perkembangan yang memberangsangkan bagi kami di Mattel.

“Kami berharap semua peminat ternanti-nanti akan kemunculan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mencemaskan menjadi kenyataan” katanya.

Mattel telah mendedahkan rangkaian produk Hot Wheels yang menampilkan kenderaan, latar set, dan jalan cerita siri animasi tersebut. Peminat boleh bersedia untuk membawa pulang aksi siri Let's Race ke rumah dengan membeli Hot Wheels Ultimate T-Rex Transporter, Hot Wheels Ultimate Garage, Hot Wheels City Downtown Ice-Cream Shop, Hot Wheels City Nemesis Bat vs. Tire Shop, dan banyak lagi.

Set-set permainan ini boleh didapati di gedung - gedung utama di seluruh Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran siri ini, sebuah Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels telah diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Peringkat kelayakan telah bermula dari 15 Februari lalu dan akan berakhir pada 3 Mac ini. 

Bagi acara kemuncak kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 hingga 10 Mac 2024 dan pertandingan akhir bagi kejuaraan ini adalah pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac.

Ruang legar IOI City Mall akan berubah menjadi sebuah Bandar Hot Wheels bersaiz sebenar yang penuh keasyikan seperti yang disiarkan dalam siri tersebut. Watak – watak siri animasi ini juga akan turut serta.

Ultimate Garage

Pengunjung boleh menantikan acara Ultimate Garage sebagai acara tumpuan utama dan pelbagai set permainan lain dari Hot Wheels City. Acara tersebut akan dibahagikan kepada lima zon bagi pelumba muda untuk mereka meneroka dan menakluk:

Zon Pitstop Hot Wheels adalah tempat di mana pelumba muda boleh mencuba pakaian perlumbaan untuk sesi bergambar.

Zon Garage Hot Wheels adalah tempat di mana pelumba muda boleh menguji kepantasan tangan mereka untuk menukar tayar semasa perlumbaan besar!

Zon Pacuan Uji Hot Wheels, pelumba boleh cuba berlumba dalam permainan Hot Wheels Unleashed 2.0 sebelum perlumbaan besar mereka!

Akhir sekali pelumba akan menerima cabaran Zon Lumba Hot Wheels dengan melaungkan ‘Challenge Accepted!’ ke Raceway Challenge, Cobra Challenge dan Flame Challenge bagi memulakan perlumbaan Hot Wheels Grand Prix!

Pelumba yang berjaya menyelesaikan aktiviti mereka di setiap stesen, akan menerima Hot Wheels Flame Badge sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini dan apa saja tentang Hot Wheels, sila layari laman web https://www.facebook.com/hotwheels. – Getaran, 2 Mac 2024

Foto : Hot Wheels

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran