web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Nak pertahankan diri pun tak guna, terpulang kepada pihak berkuasa”-Awie

Masyarakat boleh menjadikan kes pelanggaran SOP yang menimpa Awie sebagai pengajaran, apa lagi di musim angka positif COVID-19 yang mencatatkan penularan membimbangkan.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 1:40PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Awie atau Datuk Ahmad Azhar mengambil iktibar dengan segala yang terjadi serta bertekad untuk  lebih berhati-hati selepas isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan dirinya di sebuah Hotel menjadi tular bulan lalu.

“Sekarang saya sedang tunggu keputusan pihak polis dan mahkamah. Saya sudah beri kerjasama dan melakukan apa yang sepatutnya seperti yang dimahukan pihak berkuasa.

Kalau saya nak pertahankan diri pun tak guna. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati,” katanya semasa ditemui di sidang media atas talian program hiburan Sumbang Suara baru-baru ini.

Menurutnya lagi, masyarakat boleh menjadikan kes pelanggaran SOP yang menimpa dirinya sebagai pengajaran apa lagi di musim angka positif COVID-19 yang mencatatkan penularan membimbangkan.

“Jangan jadi Awie seperti kes yang berlaku di Melaka. Jadilah diri anda yang taat kepada SOP. Jangan balik kampung, jangan rentas negeri. Duduklah di rumah sepanjang  dua minggu ini. Kalau kita patuh selama dua minggu ini, kita boleh bergembira semula,” tambahnya lagi.

Penyanyi 'otai' itu turut berpesan kepada penggiat seni tanah air khususnya pendatang baru untuk mengisi masa sepanjang lockdown ini  dengan latihan yang boleh menajamkan kemahiran nyanyian mahupun lakonan masing-masing.

 “Ambil peluang yang ada ini untuk buat latihan. Boleh juga lakukan inisiatif buat persembahan live dalam talian seperti Facebook Live. Sebab sekarang ini banyak platform yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. 

“Memandangkan dua minggu ini  kita tak boleh buat apa-apa. Ambillah ia sebagai kesempatan untuk kita kembali merapatkan hubungan bersama-sama ahli keluarga,”katanya.

Awie bakal menggalas tangggungjawab sebagai Tok Zen dalam program hiburan Sumbang Suara, terbitan TV3. Turut sama-sama memeriahkan program itu ialah Hazama dan Elly Mazlein. Sumbang Suara yang bersiaran sebanyak13 episod akan menemui penonton setiap Ahad jam 10.30 malam. - Getaran, 2 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN