Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Bintang All Blacks Sertai 5,000 Jemaah Solat Subuh Macam Jumaat Di Putrajaya

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 12:46PM

Williams turut solat bersama kira-kira 5,000 jemaah program Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya, pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas bintang ragbi All Blacks Sonny Bill Williams menyertai kira-kira 5,000 jemaah mengimarahkan program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra di sini, hari ini.

Program yang bermula seawal 5 pagi itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Timbalannya Dr Zulkifli Hasan itu dengan solat subuh dipimpin Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria sebelum disusuli sesi perkongsian ilmu bersama Williams.

Williams ketika berkongsi ilmu dengan kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Putra, pagi tadi. - gambar BERNAMA
Williams ketika berkongsi ilmu dengan kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Putra, pagi tadi. - gambar BERNAMA

Aktiviti jalan laju bermula dari pekarangan Masjid Putra hingga ke Istana Kehakiman, sejauh kira-kira 2.7 kilometer.

Williams berada di negara ini bagi menghadiri pelbagai program keagaaman dan aktiviti sukan antaranya Klinik Rugbi di Mini Stadium Majlis Sukan Negara dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Williams, 39, melahirkan rasa kagumnya terhadap kempen Solat Subuh Macam Jumaat yang menggalakkan umat Islam menunaikan solat Subuh di masjid.

"Saya perlu mengakui betapa baiknya rakyat Malaysia. Saya bangga sebagai seorang Islam apabila melihat ramai jemaah datang menunaikan solat Subuh," katanya kepada pemberita di sini. 

Berkongsi lawatannya ke Malaysia, Williams, pemain ragbi pasukan New Zealand yang muncul juara dunia dua kali pada 2011 dan 2015 berkata beliau kagum dengan sikap merendah diri dan adab yang ditunjukkan oleh tiga rakyat Malaysia ketika bertemu di Makkah, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Na'im menyarankan semua jawatankuasa masjid dan surau khususnya di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) supaya mempelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat umat Islam mengimarahkan rumah ibadat itu.

"Pempengaruh adalah sebahagian daripada cara untuk tarik jemaah ke masjid, cuma program untuk kempen ini perlu dipelbagaikan dengan kaedah lain.

"Paling penting ialah niat untuk hadir ke masjid iaitu datang untuk menunaikan solat Subuh bukan niat untuk bertemu pempengaruh.

“Saudara Hamza (Williams) juga ada nyatakan agar perbetulkan niat kerana beliau juga hadir ke sini kerana Allah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 15 jam yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

Bagi Erma, industri hiburan tanah air menjadi huru hara ekoran masalah yang dicetuskan oleh orang luar, jadi sebaiknya Sarah dan Aliff pulang ke Singapura, sete...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

oleh Wartawan Hiburan Getaran