web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anuar Zain, Si Pencuri Hati Yang Disayangi Dulu, Kini dan Selamanya

Showcase Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal pada Sabtu lalu menyaksikan betapa besarnya kasih-sayang yang wujud di antara penyanyi ini dan ribuan peminatnya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 1:21PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabtu lalu, penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain, 54 sekali lagi meraikan peminat dalam satu acara eksklusif yang dinamakan, Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal, bertempat di JioSpace, Petaling Jaya.

Acara yang dihadiri oleh 1,000 peminatnya itu menyaksikan banyak detik-detik manis tercipta kerana pelantun lagu ‘Keabadian Cinta’ ini sentiasa ingin dekat dengan peminat.

Bukan sekali dua, dia turun dari pentas untuk berbual dan bergambar dengan peminat, tetapi berkali-kali.

Setiap kali diserbu, Anuar hanya tersenyum mesra. Tiada sedikit pun riak wajahnya mempamerkan rasa jengkel kerana diperlakukan sesuka hati.

Lebih manis, Anuar bermurah hati menghadiahkan hampir 1,000 patung beruang. Sebab itulah tidak keterlaluan jika dia dinobatkan sebagai si pencuri hati dulu, kini dan selamanya. Anuar bijak memikat hati peminat biarpun tahu telah disayangi.

“Acara pada hari ini disusun bagi memenuhi kehendak peminat yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan konsert pada tahun lalu. Saya mahu berkongsi kasih sayang dengan semua peminat yang selama ini tidak pernah jemu memberi sokongan.”

“Kali ini saya terfikir untuk berikan patung beruang kerana ia adalah sesuatu yang comel, boleh dijadikan kenang-kenangan dan simbolik kasih sayang buat mereka. Saya rasa semua yang memeluknya akan berasa senang dan selesa.

“Terdapat tiga saiz anak patung beruang yang diberikan iaitu kecil iaitu sebanyak 800 unit, sederhana ada 250, dan dua buah lagi yang bersaiz besar. Saya harap setiap yang datang pada hari ini, dapat membawanya pulangnya bersama-sama,” ujar Anuar usai acara.

Pada acara itu, Anuar turut diraikan dengan acara sambutan hari jadinya yang ke-54 yang disambut pada 15 Januari lalu.

“Saya dapat energi yang sangat kuat daripada anda hari ini, terima kasih banyak,” ujar Anuar teruja.

Dia juga beberapa kali berterima kasih kepada pihak produksi kerana mengatur acara yang dianggap cukup memberi makna kepada dirinya itu.

Persembahan yang bermula kira-kira jam 3.45 petang itu menyaksikan Anuar tampil dalam persalinan kasual, berseluar jeans, t-shirt dan jaket merah, rekaan Bernard Chandran.

Tirai dibuka dengan lagu ‘Kaulah Satunya’ dan ‘Sesucinya Cintamu’ yang bertenaga dan ia diteruskan dengan pilihan lagu-lagu popular lain seperti ‘Permata’, ‘Cinta Harus Memiliki’, ‘Keabadiaan Cinta’, ‘Saving All My Love’, ‘Ketulusan Hati’, ‘Sedetik Lebih’ dan juga lagu berhantu ‘Lelaki Ini’ sebagai penutup.

Persembahan yang berlangsung selama tiga jam itu selain dipenuhi dengan nyanyian, ia turut diselang-selikan dengan permainan untuk merebut beberapa hadiah tajaan. – Getaran, 19 Februari 2024

Foto : Anuar Zain Network

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN