web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lewis Hamilton Dikatakan Bakal Ke Ferrari Musim 2025

Hamilton bagaimanapun baru saja menyambung kontrak dengan Mercedes untuk dua musim lagi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 8:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Juara Formula 1 selama tujuh kali, Lewis Hamilton dikatakan akan meninggalkan pasukan Mercedes dan menyertai Ferrari pada musim 2025, selepas 10 tahun bersama-sama The Silver Arrows.

Portal berita, Sky Sports melaporkan, Hamilton akan menggantikan pelumba Carlos Sainz apabila ia menyertai Ferrari.

Beliau bakal bergandingan dengan Charles Leclerc.

Bagaimanapun, Sky Sports juga melaporkan kedua-dua pasukan, Ferrari dan Mercedes yang cuba dihubungi, enggan mengulas mengenai perkara itu.

Berita itu mengejutkan berikutan Hamilton menyambung kontrak dengan Mercedes tahun lalu untuk dua musim lagi, sehingga akhir 2025.

Semasa bersama Mercedes, Hamilton berjaya meraih enam kejuaraan Formula 1, namun prestasinya terjejas sejak Disember 2021, yang menyaksikan kejuaraan sukan permotoran itu disandang Max Verstappen dari pasukan Red Bull.

Hamilton dikatakan hanya bersama-sama Mercedes untuk musim 2024, yang bakal bermula dengan Grand Prix Bahrain pada 28 Februari ini.

Sementara itu, portal berita Express, melaporkan biarpun Hamilton menyambung kontrak dengan Mercedes untuk dua musim lagi, ia mempunyai fasal pelepasan (escape clause) yang membenarkan beliau meninggalkan pasukan itu selepas menyempurnakan setahun daripada perjanjian berkenaan.  

Hamilton yang berasal dari United Kingdom, menjadi pelumba Formula 1 paling berjaya dengan 103 kemenangan dan 104 kedudukan ‘pole’. – Getaran, 1 Februari 2024

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN