web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Dadah: Mamat Exist Didakwa Lagi

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 4:45PM

Vokalis kumpulan Exist Mamat didakwa atas dua kesalahan dadah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Vokalis kumpulan Exist Mamat sekali lagi dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis metamfetamina, lima tahun lepas.

Mamat, atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Penyanyi itu didakwa memberi kepada diri sendiri dadah jenis metamfetamina di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada 2 pagi 9 September 2019 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.

Dia juga didakwa memiliki dadah jenis metamfetamina seberat 0.17 gram ketika diperiksa polisdi Jalan Camar 1/3, Taman Perling di sini pada 11.35 malam 8 September 2019 mengikut Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bariah Jalil dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaei manakala Mamat diwakili peguam Azlina Abdul Aziz.

Pada prosiding hari ini, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pembelaan untuk merujuk tertuduh ke Hospital Permai bagi mendapatkan rawatan psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, kedua-dua mahkamah tidak membenarkan Mamat diikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan.

Sementara itu, Mamat ketika ditemui pemberita berkata dia berharap peminat memberi sokongan untuknya meneruskan aktiviti seni.

Pada 4 Disember 2018, penyanyi itu disabitkan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) dan dihukum denda RM2,000 atau penjara dua bulan serta dua tahun pengawasan.

Pada 7 November 2016, Mamat juga dikenakan hukuman denda RM1,200 atau penjara empat bulan dan dua tahun pengawasan atas kesalahan sama - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN