web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunku Mona Riza Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 3:35PM

Pengasas Current Pictures, Tunku Mona Riza Tunku Khalid antara tiga wanita rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2024. gambar FB Current Pictures

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik yang membuktikan bahawa usia selepas 50 adalah era keemasan baharu.

Mereka adalah Pengarah Eksekutif, Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria; peguam Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem dan pengasas, Current Pictures, Tunku Mona Riza Tunku Khalid.

Menurut Forbes, wanita tersenarai berasal dari 14 negara dan wilayah membabitkan puluhan sektor pekerjaan.

Pengaruh mereka merangkumi fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.

Sta Maria, 65, yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC pada 2019 menjadi wanita pertama yang mengetuai badan penasihat ekonomi antara kerajaan dengan 21 anggota itu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua setiausaha, setiausaha agung dan perunding perdagangan utama untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Sebelum ini, beliau juga pernah mewakili rantau ini di Forum Ekonomi Dunia dan menjadi pengarah bukan eksekutif sebuah bank.

Sementara itu, Sreenevasan, 67, peguam terkemuka Malaysia dan peguam bela hak asasi manusia pernah menerima Pingat Ruth Bader Ginsburg dan Anugerah Gandhi Memorial Trust Public Service.

Beliau yang berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Exeter, United Kingdom, kini berkhidmat sebagai Presiden Pure Life Society, sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.

Tunku Mona Riza, 57, pula pernah memenangi anugerah Most Promising Director di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya 'Redha'.

Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu menggambarkan cabaran membesarkan kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.

Filem yang dterbitkan pada tahun lalu 'Rain Town' adalah filem berbahasa Cina pertama Malaysia yang diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.

Turut tersenarai antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarada Thimmakka yang sinonim dengan gelaran 'mother of trees' dan pelakon Indonesia, Christine Hakim.

Senarai penuh boleh didapati di Forbes.com dan menerusi edisi Februari/Mac Forbes Asia. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN