web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengiran Mateen Sah Bergelar Suami Kepada Dayang Anisha

Dengan mahar sebanyak 1,000 Dollar Brunei, istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Pehin Orang Paduka Seri Utama Datuk Paduka Seri Setia Awang Salim.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 4:55PM

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah sah bergelar suami kepada pasangannya, Dayang Anisha Rosnah Adam di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Siaran berita RTB Brunei melaporkan Pengiran Mateen memasuki masjid untuk Istiadat Nikah Diraja kira-kira jam 2.10 petang.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menghadiri majlis pernikahan Putera bagainda itu serta kerabat Diraja Brunei.

Dengan mahar sebanyak 1,000 Dollar Brunei, Pengiran Mateen dinikahkan dengan Dayang Anisha dalam istiadat pernikahan yang disempurnakan Pehin Orang Paduka Seri Utama Datuk Paduka Seri Setia Awang Salim.

Sejurus pernikahan selesai, 17 tembakan meriam didengari menandakan Istiadat Nikah Diraja selesai.

Berlangsung selama 10 hari, istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu dan acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Pengiran Mateen yang berusia 32 tahun adalah anakanda Sultan Hassanal Bolkiah dengan Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz manakala Dayang Anisha adalah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Pengiran Mateen berada di kedudukan keenam dalam giliran pewaris takhta, namun dilihat sering mengiringi ayahandanya ketika lawatan rasmi ke luar negara.

Beliau berkelulusan dalam politik antarabangsa dari King's College London. Ketika ini, beliau adalah juruterbang helikopter untuk Tentera Udara Diraja Brunei, yang berpangkat Mejar.

Selain itu, putera ini juga adalah pemain polo dan mewakili negaranya dalam acara sukan itu pada Sukan SEA pada 2017 dan 2019. – Getaran, 11 Januari 2024

Foto : RTB

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN